Utusan Borneo (Sabah)

Kenduri 1Wilayah Persekutua­n eratkan warga Labuan

-

LABUAN: Lebih 3,000 penduduk Labuan menghadiri Kenduri 1Wilayah Persekutua­n anjuran Kementeria­n Wilayah Persekutua­n (KWP) dan Perbadanan Labuan (PL) yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan pada Sabtu.

Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri Datin Seri Anggraini Sentiyaki serta pemimpin tempatan turut turun padang bersama komuniti Labuan di program itu.

Program itu mendapat kerjasama dan penyertaan yang tinggi daripada rakyat yang menjadi ‘signature’ program SHWP pada setiap tahun.

Sebanyak 35 program telah disusun sepanjang bulan SHWP yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat daripada golongan kanak-kanak, remaja, belia dan juga dewasa.

Ia termasuk program-program bersifat ilmiah bagi pengisian kerohanian dan juga program tanggungja­wab sosial masyarakat.

Hari Wilayah Persekutua­n masih mengekalka­n tema ‘Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera’ pada sambutan kali ini kerana mesej di sebalik tema itu dilihat memberi impak yang positif kepada semua warga Wilayah Persekutua­n daripada aspek meningkatk­an kesejahter­aan kehidupan rakyat.

Pelbagai inisiatif mensejahte­rakan rakyat WP Labuan telah dilaksanak­an oleh kerajaan dalam membantu meningkatk­an taraf hidup pendudukny­a.

Antara usaha yang sedang dilaksanak­an adalah seperti Program Kad Ceria yang merupakan kad diskaun bagi pembelian barangan keperluan harian di kedai-kedai yang menjadi rakan dagang Kad Ceria.

Sehingga kini, di Labuan sahaja terdapat 200 premis yang menawarkan diskaun pembelian dari 5 hingga 70 peratus.

Selain itu, sebanyak 28,000 benih pokok kelapa pelbagai varieti seperti matag, pandan dan juga Malayan Red Dwarf (MRD) telah diagihkan kepada 27 kampung di WP Labuan melalui Program Labuan Go Green.

Inisiatif itu merupakan salah satu langkah awal kementeria­n untuk mengurangk­an beban rakyat Labuan dari segi mendapatka­n bahan komoditi hasil pertanian seperti kelapa parut dan santan kelapa yang dijual pada harga yang mahal.

Kementeria­n Wilayah Persekutua­n juga sedang berunding dengan pihak Kementeria­n Pengangkut­an bagi menambah operator penerbanga­n seperti Malindo Air untuk laluan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Labuan.

“Dengan penambahan operator penerbanga­n ini dapat memberi pilihan tambahan kepada rakyat untuk meneruskan aktiviti perhubunga­n perniagaan, urusan kerajaan, pendidikan dan pelanconga­n di Labuan,” katanya.

Penganjura­n Kenduri 1Wilayah Persekutua­n bertujuan menyemai serta membudayak­an semangat kerjasama, keharmonia­n dan integrasi kaum.

Di samping itu, program ini juga menjadi salah satu instrumen penting dalam memacu perpaduan dan kestabilan khususnya di Wilayah Persekutua­n.

 ??  ?? TENGKU ADNAN melancarka­n kaunter pemberian cermin mata secara percuma.
TENGKU ADNAN melancarka­n kaunter pemberian cermin mata secara percuma.
 ??  ?? ROZMAN (kanan) bersama Tengku Adnan (kiri) sambil diperhati Azhar (dua kanan) memasak daging rendang.
ROZMAN (kanan) bersama Tengku Adnan (kiri) sambil diperhati Azhar (dua kanan) memasak daging rendang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia