Utusan Borneo (Sabah)

Ibu tunggal perlu bangkit ubah nasib diri, keluarga

-

MELAKA:Golongan ibu tunggal perlu bangkit untuk mengubah nasib diri dan keluarga serta bijak merebut peluang yang disediakan kerajaan agar status mereka tidak dipandang rendah oleh masyarakat.

Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ini kerana hanya diri mereka yang boleh melakukan perubahan ke arah kebaikan, manakala pihak lain dan kerajaan hanya mampu memberikan bantuan dan sokongan kepada golongan berkenaan.

“Kita dapat lihat ada antara golongan ini usia belasan tahun sudah menjadi ibu tunggal. Namun, mereka sedaya upaya bangkit memajukan diri... jadikan mereka contoh dan jangan rasa terpinggir. Kita harap golongan ibu tunggal tidak ketinggala­n dalam apa jua arus pembanguna­n masa kini.

“Justeru, persatuan ibu tunggal di setiap negeri atau mana-mana pihak yang berkaitan diminta mengenal pasti golongan ini supaya membolehka­n kerajaan membantu mereka mengikut keperluan dan kesesuaian semasa,” katanya kepada pemberita pada majlis Ramah Mesra bersama 232 Ibu Tunggal, di sini, pada malam Ahad.

Anggota Parlimen Masjid Tanah itu berkata usaha tersebut juga memudahkan golongan ibu tunggal berinterak­si serta mengusulka­n cadangan atau permintaan kepada pihak kerajaan agar nasib golongan berkenaan terus dapat dibela.

Beliau berkata banyak isu yang dihadapi oleh ibu tunggal yang perlu dilihat dan diperjuang­kan bersama, termasuk dari segi perundanga­n yang membabitka­n soal perceraian.

“Dengan cara ini, mereka mampu mengubah nasib diri dan keluarga, lebihlebih lagi membabitka­n ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak kecil dalam bilangan yang ramai,” katanya yang juga Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia