Utusan Borneo (Sabah)

Polis bongkar makmal proses dadah di Rembau

- -Bernama

REMBAU:Polis membongkar makmal memproses dadah disyaki syabu di sini dan menahan 16 orang serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.3 juta dalam dua operasi berasingan di Negeri Sembilan dan Selangor pada 13 dan 14 Februari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pada operasi pertama pada 13 Februari bermula pukul 4.15 petang hingga 14 Februari pukul 4.30 pagi, JSJN dengan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan JSJN Selangor telah melancarka­n enam serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor.

“Hasil operasi tersebut, pihak polis telah berjaya menangkap 12 ahli sindiket melibatkan rakyat tempatan dan warganegar­a India. Dalam serbuan pertama pada di sebuah ladang ternakan lembu di Kampung Kundur Tengah, Pedas di sini yang disyaki dijadikan makmal memproses dadah jenis syabu, polis menahan lima lelaki termasuk tiga warganegar­a India.

“Dalam serbuan itu polis merampas pelbagai jenis alatan dan bahan kimia untuk memproses dadah 84 kilogram (kg) cecair meth yang boleh menghasilk­an 33.6 kg syabu. Dalam serbuah kedua, seorang lelaki ditahan di Bandar Teknologi Kajang, Selangor dan merampas 71.1 kg serbuk disyaki dadah, 148.5 kg secair disyaki dadah, 105 kg ketulan disyaki dadah dan pelbagai bahan kimia untuk memproses dadah. Turut ditahan tiga lagi lelaki di Bandar Teknologi Kajang, Selangor dalam serbuan ketiga,” katanya dalam sidang media di sini, pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia