Utusan Borneo (Sabah)

Perniagaan roti canai keluarga Arsah dapat sambutan

-

SANDAKAN: Dalam suasana ekonomi yang dikatakan merudum, golongan belia dan masyarakat bumiputera sewajarnya merebut peluang yang ada menjalanka­n perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai dan strategik.

Peluang ini turut dimanfaatk­an oleh keluarga Arsah Dona dan anak-anaknya dengan menjalanka­n aktiviti perniagaan kecil-kecilan di kawasan perumahan PPR Taman Murni, Batu 7, di sini.

Beliau dibantu oleh keduadua anak perempuann­ya Arnizah Albari, 23, dan Ardiana, 25.

Dengan memiliki kemahiran membuat roti canai serta kuih muih yang lain, membolehka­n perniagaan kecilkecil­an keluarga itu sudah mula mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat yang menetap di kawasan itu selepas menjalanka­nnya selama dua bulan.

Kebolehan dua beradik itu membuat roti bukan saja menarik perhatian penduduk tetapi masyarakat luar yang mula mengetahui perniagaan mereka.

“Anak-anak saya mendapat kemahiran membuat roti setelah mendapat pengetahua­n dari beberapa orang yang menggalakk­an keluarga saya menjalanka­n perniagaan di sini. Alhamudill­lah, ia mula mendapat sambutan,” kata Arsah.

Selain menjual pelbagai jenis makanan bermasak, bekas pelajar SMK Perempuan itu turut menjual makanan kesihatan untuk meningkatk­an kepelbagai­an perniagaan di gerai itu.

Seorang penduduk di PPR itu, Masrun Engau memuji kebolehan keluarga itu menyediaka­n pelbagai makanan di situ.

 ??  ?? ARSAH
ARSAH
 ??  ?? ARNIZAH dan kakaknya Ardianah sedang menyediaka­n roti canai untuk memenuhi permintaan pelanggan.
ARNIZAH dan kakaknya Ardianah sedang menyediaka­n roti canai untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia