Utusan Borneo (Sabah)

32 pasukan berentap pada Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah

- Oleh SALMAN ABADI

TELUPID: Padang Pekan Telupid bakal digegarkan dengan aksi 32 pasukan yang akan berentap pada Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Daerah Telupid Piala ParlimenBe­luran yang berlangsun­g pada 23 hingga 25 Februari ini.

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah lebih RM4,000 dan pelbagai hadiah menarik itu dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Beluran dengan kerjasama Persatuan Belia Kampung Lumou Telupid (PBKLT), Kelab Sukan Telupid (Kastel) dan juga Persatuan Pengadil Bola Sepak Safa Derah Telupid dan Tongod.

Pengerusi penganjur Alphonsus Idol (gambar) berkata majlis perasmian kejohanan itu akan disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia pada 23 Februari (Jumaat), jam 2 petang, di Astaka Padang Pekan Telupid.

Katanya, pihak jawatankua­sa penganjur merakamkan penghargaa­n dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli Parlimen Beluran itu atas keprihatin­an menaja keseluruha­n hadiah termasukla­h memberikan satusetjer­sisecarape­rcuma kepada kesemua 32 pasukan yang bertanding. “Terima kasih tidak terhingga kepada Datuk Seri Dr Ronald Kiandee atas sumbangan dan sokongan moral untuk kami menjayakan penganjura­n kejohanan ini.

“Ia pasti menyemarak­kan lagi semangat kesukanan dalam kalangan para belia daerah Telupid khasnya 32 pasukan yang akan mengambil bahagian dalam perlawanan itu nanti,” katanya. Beliau yang juga pengerusi PBKLT turut berterima kasih kepada semua ahli jawatankua­sa (AJK) yang bertungkus-lumus membantu menjayakan program itu sambil berharap kejohanan itu terus diadakan pada masa akan datang demi pembanguna­n bola sepak khasnya di Telupid. Menurutnya, kejohanan itu bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan membina semangat berpasukan, daya kepimpinan serta keyakinan diri dalam kalangan belia dan pemuda.

Selain itu, menerusi kejohanan itu ia dapat menyediaka­n ruang untuk belia dan beliawanis serta para pemuda untuk beramah mesra bersama Ronald yang merupakan pemimpin berjiwa rakyat.

Alphonsus berkata, pemenang johan bakal menerima hadiah wang tunai RM2,000, naib johan RM1,000, manakala tempat ketiga dan ke-4 masing-masing menerima RM500, sementara anugerah penjaring terbanyak sepanjang kejohanan itu akan menerima hadiah sebuah piala dan wang tunai RM200.

Katanya, yuran penyertaan ialah RM150 satu pasukan dan cabutan undi untuk menentukan jadual perlawanan secara liga dalam lapan kumpulan akan diadakan pada 20 Februari (Selasa), jam 10 pagi di Pejabat KBSS Telupid.

Senarai 32 pasukan yang telah mengesahka­n penyertaan dalam kejohanan itu ialah Surun FC, Ranimoka FC, Gamba FC, Lumou FC, Pemuda Upko Telupid, Melapi FC, PSG FC, Junior FC, Telupid Batu 4 FC, SNT FC, Sparta Yg United, U17 SMK Pamol, Comon Oyo FC, Kiabau FC, Unifire FC dan GaNsAd FC.

Turut mengambil bahagian ialah Telupid Mix Veteran United, KBOS FC, Bardungal FC, Tapaang FC, Tortoise FC, Pancaran FC, Maau Baru FC, BMFC A, BMFC B, TMBB FC, Gabata Taviu, Telupid United, Wonod United Jr, Wonod Mix FC, Buis FC dan Combine FC.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia