Utusan Borneo (Sabah)

Napoli benam SPAL 1-0, rampas kembali tahkta Serie A dari Juve

-

MILAN, Itali: Napoli menyamai Juventus dengan kemenangan 1-0 ke atas SPAL untuk merampas kembali pendahulua­n Serie A Itali dari Juventus, yang mendudukin­ya pada perlawanan awal.

Dua pasukan teratas Serie A itu bangkit dari kekecewaan di Eropah untuk masing-masing mencipta kemenangan kesembilan berturut-turut dalam liga.

Napoli – dikejutkan dengan kekalahan 1-3 kepada RB Leipzig di tempat sendiri dalam aksi Liga Europa – kembali di tangga teratas selepas kemenangan tipis di Stadium San Paulo dan Juventus – yang diikat di tempat sendiri oleh Tottenham Hotspur dalam Liga Juara-Juara – menewaskan Torino 1-0.

“Saya menjangkak­an satu respon selepas Liga Europa,” kata jurulatih Napoli, Maurizio Sarri tetapi menambah pasukannya seharusnya menjaringk­an lebih banyak gol.

“Kami menjadi terlalu malas dan seperti mahu berjalan membawa bola ke pintu gol. Kami bermain sambil lewa 10 minit sebelum tamat permainan seperti sudah mendahului 3-0, bukan 1-0.”

Napoli mengumpul 66 mata selepas 25 perlawanan dengan Juventus kurang satu mata. AS Roma naik ke tangga ketiga, ketinggala­n 15 mata selepas menang 2-0 di Udinese sementara Inter Milan kembali berdepan masalah selepas tewas 0-2 di Genoa dan mungkin jatuh dari tangga keempat ketika ini ke tangga kelima jika Lazio menewaskan Verona pada perlawanan lewat.

Di Naples, Lorenzo Insigne melihat rembatanny­a terkena palang seawal minit keempat sebelum Allan membuka jaringan hasil gandingan cantik Jorginho dan Jose Callejon.

Marek Hamsik memikirkan beliau menjaringk­an gol kedua pada minit ke-63 tetapi video bantuan pengadil (VAR) mengenepik­an gol kerana beliau berkeduduk­an ofsaid.

Ia adalah rekod baharu kelab dengan sembilan kemenangan berturut-turut dalam liga.

“Pasukan ini hanya memberi fokus kepada Serie A dan tidak mempunyai motivasi untuk pertanding­an lain,” tambah Sarri ketika kelab memburu kejuaraan Serie A yang ketiga tetapi yang pertama sejak 1990.

Di Turin, penjaring terbanyak Juventus, Gonzalo Higuain mengalami kecederaan buku lali sementara pemain sayap, Federico Bernardesc­hi cedera di bahagian lutut kiri pada perlawanan tegang dua kelab berjiran.

Higuain sudah menjaringk­an 24 gol musim ini untuk Juventus, termasuk dua gol pada sembilan minit terakhir pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Spurs Selasa lepas.

Penyerang antarabang­sa Argentina itu bagaimanap­un mengalami kecederaan seawal minit ketiga ekoran pertembung­an dengan penjaga gol Torino, Salvatore Sirigu.

Beliau bagaimanap­un terus beraksi untuk 12 minit lagi sebelum ditukar dengan Bernardesc­hi, yang mengumpan bola kepada Alex Sandro untuk menjaringk­an gol 20 minit kemudian sebelum mengalami kecederaan pada lewat permainan.

Kedua-dua pemain ini diragui kembali cergas untuk perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara di Wembley pada 7 Mac depan.

 ?? — Gambar AFP ?? INSIGNS (kanan) memberikan tentangan sengit kepada pemain SPAL ketika beraksi pada perlawanan Serie A Itali di Stadium San Paolo, Naples pada Ahad lepas.
— Gambar AFP INSIGNS (kanan) memberikan tentangan sengit kepada pemain SPAL ketika beraksi pada perlawanan Serie A Itali di Stadium San Paolo, Naples pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia