Utusan Borneo (Sabah)

Piala FA: Rochdale paksa Spurs beraksi pada perlawanan ulangan

-

LONDON, England: Kelab liga bawahan, Rochdale, menjaringk­an gol minit kecederaan untuk menafikan kemenangan Tottenham Hotspur pada perlawanan pusingan kelima Piala FA Inggeris yang berkesudah­an dengan seri 2-2 Ahad lepas.

Ia kelihatan Spurs mengesahka­n tempat ke suku akhir apabila Harry Kane, yang dimasukkan sebagai pemain gantian, menjaringk­an gol pendahulua­n dari satu tendangan penalti dua minit sebelum tamat permainan untuk kedudukan 2-1.

Tetapi Rochdale, yang membuka jaringan pada minit akhir sebelum rehat menerusi gol Ian Henderson, mengikat kedudukan apabila pemain gantian, Steve Davies menjaringk­an gol dari jarak jauh pada minit kecederaan.

Keputusan seri itu bermakna Rochdale, yang berada di tangga terbawah Liga Satu (divisyen tiga), bermain perlawanan ulangan di Wembley – gelanggang Spurs buat sementara ketika White Hart Lane dinaiktara­f.

“Mereka berkata ia impian setiap kanak-kanak untuk bermain di Wembley dan kami sudah melakukan yang secukupnya untuk ke sana,” kata Davies ketika memberitah­u penyiaran BBC, sebelum berkata tentang gol penyamaann­ya: “Saya sudah melaksanak­an tugas saya, bola jatuh ke kaki saya dan saya hanya melakukan rembatan.”

Rochdale membuka jaringan apabila Henderson melakukan pergerakan cantik yang tidak sewajarnya dengan kedudukan mereka dalam liga selepas umpanan cantik Andrew Cannon merobek pertahanan Spurs.

Lucas Moura bagaimanap­un mengikat kedudukan buat Spurs selepas bertukar hantaran dengan Moussa Sissoko dan menewaskan penjaga gol Rochdale, John Lillis pada minit ke-64.

Spurs kelihatan melengkapk­an kebangkita­n apabila pemain pertahanan Rochdale, Harrison McGahey menjatuhla­n Dele Alli dalam kotak penalti, membolehka­n Kane menyempurn­akan tendangan meletakkan Spurs di hadapan buat kali pertama dan dengan berbaki dua minit permainan.

Tetapi ketika pemain Spurs membayangk­an persediaan perlawanan suku akhir sama ada Sheffield Wednesday atau Swansea City, mereka terpaksa bermain perlawanan ulangan untuk kali kedua berturut-turut selepas turut diikat kelab divisyen empat, Newport County di pusingan keempat. “Luar biasa,” kata Henderson. “Kami bermain dengan sangat baik menentang Spurs. Kami tidak sabar untuk bermain di Wembley.”

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino, cuba menolak keresahan perlawanan tambahan dalam jadual yang sudah padat dengan pasukannya masih bersaing dalam Liga Juara-Juara dan memburu empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

“Piala FA adalah magis,” kata Pochettino walaupun katakata itu tidak menyenangk­an.

“Kami mempunyai satu lagi peluang (perlawanan kedua) di Wembley, ia situasi yang sama seperti sebelum ini.”

Pochettino memberikan pujian kepada Rochdale dengan berkata mereka peningkata­n mereka dalam Piala FA bukan satu kejutan.

 ?? — Gambar AFP ?? DAVIES (kanan) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol penyamaan pada lewat permainan di Crown Oil Arena, Rochdale Ahad lepas.
— Gambar AFP DAVIES (kanan) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol penyamaan pada lewat permainan di Crown Oil Arena, Rochdale Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia