Utusan Borneo (Sabah)

Pantau bot pukat tunda

Saranan kepada agensi k’jaan kerana dikhuatiri jejas nelayan pantai

-

TAWAU: Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat meminta agensi kerajaan mengawal aktiviti nelayan laut dalam yang menggunaka­n pukat tunda bagi memastikan kegiatan mereka tidak menjejaska­n nelayan pesisir pantai.

Beliau berkata agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia negeri Sabah perlu mengkaji semula pemberian lesen kepada nelayan laut dalam agar penggunaan pukat tunda dapat dikawal.

“Kita sedar masalah nelayan tempatan, terutamany­a nelayan tradisiona­l. Ia mendatangk­an kerugian kepada golongan nelayan pesisir pantai.

“Untuk memastikan ia tidak berlaku lebih kerap, pihak berkenaan perlu kerjasama Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan meminta mereka melakukan rondaan serta pemantauan lebih kerap,” katanya pada perjumpaan dan sesi dialog dengan 40 nelayan di Kampung Pukat Tanjong Batu pada Ahad.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu menerima aduan daripada nelayan bot kecil mengenai bot pukat tunda yang beroperasi di pesisir pantai telah menjejaska­n sumber pendapatan mereka.

Kira-kira 40 nelayan pesisir pantai mengeluh ekoran sumber perikanan yang diperoleh mereka semakin berkuranga­n akibat penceroboh­an nelayan bot pukat tunda di kawasan yang tidak dibenarkan.

Kebelakang­an ini katanya, pengusaha bot pukat tunda melakukan tangkapan ikan di kawasan kurang lima batu nautika dari pesisir pantai.

Malah,iasemakinb­erleluasa dan mereka seolah-olah ‘kebal’ daripada tindakan pihak berkuasa apabila dilihat aktif menjalanka­n kegiatan itu terutama pada waktu malam hingga awal pagi.

“Selain mata pencarian nelayan bot kecil terjejas dan risiko keselamata­n, ramai antara mereka yang mengalami kerugian akibat kerosakan jaring yang dipasang di pantai kerana dilanggar oleh bot pukat

“Saya menggesa pihak berkuasa mencari mekanisme terbaik dalam menghadapi ancaman bot pukat tunda supaya kegiatan itu dapat dibanteras. Kita mohon rondaan lebih kerap dan tindakan penguatkua­saan lebih tegas diambil terhadap penceroboh­an oleh bot pukat ” tunda. DATUK HAMISA SAMAT Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

tunda.

“Saya menggesa pihak berkuasa mencari mekanisme terbaik dalam menghadapi ancaman bot pukat tunda supaya kegiatan itu dapat dibanteras.

“Kita mohon rondaan lebih kerap dan tindakan penguatkua­saan lebih tegas diambil terhadap penceroboh­an oleh bot pukat tunda,” katanya.

Semasa pertemuan itu, para nelayan meminta pihak berkuasa menjalanka­n siasatan terperinci termasuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati bersekongk­ol dengan para pengusaha bot pukat tunda yang menjalanka­n kegiatan penangkapa­n ikan di zon pesisir pantai.

Perkara itu telah dibangkitk­an oleh nelayan tempatan di kawasan itu yang rata-ratanya menyifatka­n aktiviti penceroboh­an bot pukat tunda di zon tangkapan ikan berkenaan semakin berleluasa ketika ini dan menjejaska­n hasil pendapatan mereka.

Para nelayan turut menyuaraka­n cadangan menjadikan jambatan laluan penduduk sebagai jeti sementara bagi pemunggaha­n ikan,selainmemo­honbantuan pukat dan enjin sangkut.

 ??  ?? SEBAHAGIAN nelayan yang hadir di majlis dialog itu.
SEBAHAGIAN nelayan yang hadir di majlis dialog itu.
 ??  ?? HAMISA(dua kanan) berdialog dengan para nelayan di Kg Pukal Tanjong Batu.
HAMISA(dua kanan) berdialog dengan para nelayan di Kg Pukal Tanjong Batu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia