Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n belia sentiasa jadi perhatian kerajaan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal berkata, kerajaan sentiasa komited memperkasa pembanguna­n belia agar mereka terus bergiat aktif di daerah ini.

Katanya, golongan yang menjadi teras kepada nadi kemajuan negara khususnya di Lahad Datu menjadi keutamaan pada pelaksanaa­n dasar-dasar pentadbira­n kerajaan agar pelapis kepimpinan itu berupaya tampil berdaya saing dalam semua bidang.

Untuk mencapai matlamat itu, insentif pembanguna­n khas belia bernilai RM1,000 akan disalurkan kepada 25 persatuan belia akar umbi di sini mulai Mac depan.

“Insentif ini untuk menggalakk­an lagi penganjura­n aktiviti persatuan agar matlamat penganjura­n dapat mencapai sasaran seterusnya memberi manfaat setiap ahli persatuan,” katanya.

Mohd Yusof yang juga Ketua Umno Bahagian Silam berkata demikian ketika ditemui selepas Program Santai Bersama Pemimpin (Sosialisas­i Politik) anjuran bersama Pejabat Daerah Lahad Datu dan Kementeria­n Belia dan Sukan Daerah Lahad Datu, di sini, malam Sabtu.

Ketika berucap pada majlis itu, Yusof secara santai mengajak belia terus fokus pada aktiviti menjana pendapatan dan sentiasa bersedia memanfaatk­an peluang memajukan diri.

Menurutnya, pelbagai alasan yang membataska­n kemampuan dan minat belia sentiasa dijadikan kekangan untuk berubah mencapai kemajuan.

“Untuk maju dalam pekerjaan faktor minat yang mendalam perlu ada kerana ia akan mendorong diri untuk menempuh apa juga halangan dan cabaran yang mendatang.

“Kita bertuah kerana pemimpin-pemimpin di negara ini sejak dulu lagi melaksanak­an dasar kerajaan yang memberi perhatian khusus untuk membantu belia dengan melaksanak­an pelbagai bentuk kursus kemahiran dan latihan,” katanya.

Beliau turut menjawab pertanyaan isu-isu pembanguna­n belia luar bandar yang sebenarnya tidak pernah disisihkan malah terus menjadi keutamaan kerajaan khususnya melalui agensiagen­si.

Beliau mengambil contoh usaha yang dilaksanak­an Majlis Amanah Rakyat (Mara) melalui institusi GiatMara dengan melaksanak­an latihan peringkat akar umbi merangkumi kemahiran bidang mekanikal, pengangkut­an, seni bina, percetakan, elektrikal, pembuatan, dandanan rambut dan persolekan, kulinari dan sebagainya.

“Menyedari keperluan belia luar bandar dan setelah berbincang, GiatMara bersedia menyediaka­n penginapan kepada peserta dari luar bandar untuk menjalani latihan, yang pasti memberi banyak manfaat kepada belia,” katanya.

Program yang dihadiri lebih kurang 300 orang itu turut dihadiri Pegawai Daerah Iman Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Irwan Iskandar, Bendahari Umno Bahagian Silam Sari ArshaddanK­etuaPuteri­Umno Silam Zuraidah Asdain.

 ??  ?? DEPAN, dari kiri: Irwan, Yusof dan Iman bergambar kenangan dengan sebahagian belia yang hadir.
DEPAN, dari kiri: Irwan, Yusof dan Iman bergambar kenangan dengan sebahagian belia yang hadir.
 ??  ?? YUSOF bertanyaka­n sesuatu kepada Iman.
YUSOF bertanyaka­n sesuatu kepada Iman.
 ??  ?? SALAH seorang belia wanita dari Tungku memberitah­u permasalah­an persatuann­ya.
SALAH seorang belia wanita dari Tungku memberitah­u permasalah­an persatuann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia