Utusan Borneo (Sabah)

FKI UMS anjur Bengkel Penilaian Silabus

-

LABUAN:FakultiKom­puteran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurk­an Bengkel Penilaian Silabus untuk Program eUsahawan dengan bimbingan pihak Malaysian Digital Economy Corporatio­n (MDEC) di sini.

Bengkel itu bertujuan menganalis­isdanmenca­dangkan penambahba­ikan kepada silabus yang ada supaya dapat disesuaika­n dengan program eUsahawan yang berjalan di institusi pengajian tinggi yang lain di Malaysia.

Dekan FKI Profesor Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim mempengeru­sikan bengkel berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Dekan (Akademik & HEP) Dr Zamhar Iswandono Awang Ismail, Ketua Program Komputeran Perniagaan Dr Joe Henry Obit, Ketua Program Teknologi Multimedia Dr Carolyn Salimun serta pensyarah yang lain.

Sementara pihak MDEC telah diwakili oleh Eksekutif Kanan Kluster Inisatif Belia dan Komuniti Nur Balkis Amairuddin bersama rombongann­ya Azlinda Mohd Hairon, Sarah Farhana Juhari, Muhammad Zulhilmi Shaharuddi­n dan Rosmizan Ali.

Ag Asri berkata program eUsahawan merupakan program peringkat kebangsaan yang memberi pendedahan dan memurnikan inspirasi keusahawan­an digital dalam kalangan belia Malaysia dan para usahawan mikro untuk menjana pendapatan lumayan menerusi platform digital.

Katanya, FKI melalui program-programnya telah melahirkan ramai graduan yang terlibat dalam Ekonomi Digital, termasukla­h usahawan e-dagang.

 ??  ?? AG Asri (tiga kanan) dan Nur Balkis (tiga kiri) bersama pensyarah FKI dan pegawai MDEC yang menjayakan bengkel itu.
AG Asri (tiga kanan) dan Nur Balkis (tiga kiri) bersama pensyarah FKI dan pegawai MDEC yang menjayakan bengkel itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia