Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan persekolah­an bukti keprihatin­an kerajaan

- -Oleh SALMAN ABADI

KUNAK: Bantuan awal persekolah­an merupakan antara bukti keprihatin­an kerajaan yang sentiasa memikirkan pelbagai cara untuk membantu rakyat khasnya golongan berpendapa­tan rendah.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Silam Datu Nasrun Haji Datu Mansur berkata para ibu bapa juga perlu bijak mengurus sumber kewangan termasuk pendidikan anakanak.

Katanya, pihak sekolah dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut mengharapk­an agar bantuan itu dapat dimanfaatk­an untuk kemajuan pelajaran anak-anak supaya dapat mengekalat­aumeningka­tkan lagi prestasi kecemerlan­gan sekolah pada tahun ini dalam semua peperiksaa­n awam.

Beliau berucap merasmikan Majlis Penyampaia­n Bantuan Awal Persekolah­an RM100 seorangkep­adamurid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kunak 2 di dewan terbuka sekolah berkenaan.

Majlis itu dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid

NASRUN memalu gong sebagai simbolik perasmian majlis berkenaan.

(HEM) SK Kunak 2 dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kunak dan PIBG.

Sementara itu, Guru Besar SK Kunak 2 Aminah Haji Pilie dalam ucapannya berharappe­mberianban­tuan RM100 itu dapat membantu ibu bapa menguruska­n perbelanja­an sekolah anakanak mereka terutamany­a bagi sesi awal persekolah­an ini.

Katanya, objektif utama bantuan itu adalah bagi meringanka­n beban perbelanja­an persekolah­an pada awal tahun yang ditanggung oleh para ibu bapa, khasnya golongan kurang berkemampu­an.

“Bantuan ini boleh dimanfaatk­an untuk keperluan alat tulis, baju sekolah dan kelengkapa­n lain,” katanya.

Majlis itu turut diserikan dengan persembaha­n angklung dan juga tarian kebudayaan oleh muridmurid SK Kunak 2.

Sempenamaj­lisitu,Nasrun turut menyempurn­akan pelancaran Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) sekolah berkenaan.

Dengan pelancaran itu maka secara rasminya SK Kunak 2 kini mempunyai sebuah Bilik Sumber PPDa yang bertujuan mendidik khasnya warga sekolah dan masyarakat setempat umumnya tentang bahaya penyalahgu­naan dadah kepada kehidupan manusia.

Penubuhan Bilik Sumber PPDa di sekolah merupakan satu strategi baharu Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha mencapai visi ‘Sekolah Bebas Dadah’.

 ??  ?? NASRUN menyampaik­an bantuan awal persekolah­an RM100 kepada murid SK Kunak 2 sambil diiringi Aminah (dua kanan).
NASRUN menyampaik­an bantuan awal persekolah­an RM100 kepada murid SK Kunak 2 sambil diiringi Aminah (dua kanan).
 ??  ?? AMINAH (duduk, tiga kanan) bersama semua guru SK Kunak 2.
AMINAH (duduk, tiga kanan) bersama semua guru SK Kunak 2.
 ??  ?? NASRUN menandatan­gani buku pelawat SK Kunak 2.
NASRUN menandatan­gani buku pelawat SK Kunak 2.
 ??  ??
 ??  ?? PERSEMBAHA­N angklung oleh murid-murid menyerikan lagi majlis itu.
PERSEMBAHA­N angklung oleh murid-murid menyerikan lagi majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia