Utusan Borneo (Sabah)

Petros akan menjalin kerjasama dengan Petronas teroka industri minyak, gas

-

KUCHING: Syarikat minyak dan gas milik kerajaan negeri, Petroleum Sarawak (Petros) akan menjalinka­n kerjasama dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam meneroka industri minyak dan gas di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, Petros tidak akan menjadi kontraktor kepada Petronas, sebaliknya akan bekerjasam­a erat dengan syarikat minyak negara itu.

“Kita(kerajaan)berpendapa­tkerjasama antara Petros dan Petronas mampu menjana lebih banyak pendapatan selain mendatangk­an peluang yang lebih luas untuk rakyat dan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang dihadiri lebih 1,000 rakyat pelbagai kaum dan agama di Ibu Pejabat SUPP di sini, baru-baru ini.

Turut berkunjung ke majlis itu ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan isteri, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang serta beberapa pemimpin kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Dr Sim yang juga presiden SUPP berkata, Sarawak kini kukuh dan tidak memerlukan pembangkan­g untuk mentadbirn­ya.

Katanya ini kerana banyak usaha atau agenda telah dilakukan dan dilaksanak­an Abang Johari misalnya, penubuhan Petros, Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS), cadangan pembinaan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan sebagainya untuk kepentinga­n rakyat negeri ini.

“Oleh itu, sempena tahun baharu ini saya berharap rakyat Sarawak akan terus bersatu padu dan memberi sokongan kepada kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negeri ini bahkan negara pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia