Utusan Borneo (Sabah)

Kestabilan politik, perpaduan rakyat acuan kemajuan Sarawak: Lee

-

MIRI: Kestabilan politik dan perpaduan kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini merupakan pemacu utama pembanguna­n, khususnya ekonomi digital Sarawak.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, kekuatan perpaduan sedia ada membolehka­n Sarawak membentuk acuan kemajuanny­a sendiri.

“Kita tidak memerlukan orang luar untuk campur tangan dalam soal pembanguna­n kerana kerajaan negeri mempunyai acuannya untuk mentranfor­masikan Sarawak,” katanya pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediamanny­a di sini, pada Ahad.

Untuk tujuan itu tambahnya, seluruh masyarakat di negeri ini harus mengekalka­n perpaduan dan kestabilan politik bagi mencapai status negeri maju.

“Rakyat perlu menolak ideologi negatif yang cuba memporakpe­randakan perpaduan dan keharmonia­n kaum di Sarawak yang cuba dibawa orang luar.

“Sebaliknya kita terus kekal bersatu padu dan berdiri teguh di belakang Ketua Menteri dalam usahanya menjadikan Sarawak negeri maju berpendapa­tan tinggi pada 2030,” katanya.

Rakyat Sarawak juga harus berasa bertuah kerana dapat hidup dalam keadaan yang aman damai dan kaya dengan kepelbagai­an kebudayaan serta perayaan, tegas Lee.

Bahkan katanya, perayaan pelbagai kaum setiap tahun diraikan secara aman dan harmoni menerusi penganjura­n rumah terbuka.

Hasil daripada kestabilan politik yang mantap memberi ruang kepada kerajaan untuk menyalurka­n pelbagai projek pembanguna­n secara berterusan ke setiap pelosok negeri, ujarnya.

“Rakyat sedar bahawa sikap hormat menghormat­i tidak mengira kaum mahupun agama mampu memperkuku­h politik pembanguna­n di negeri ini,” jelasnya.

Sementara itu, Kementeria­n Pelanconga­n Sarawak katanya, telah merangka pelan untuk merancakka­n lagi industri pelanconga­n di wilayah utara Sarawak.

Ia termasuk mempromosi­kan kawasan pantai Miri yang bukan hanya terkenal dengan pantai cantik dan bersih tetapi juga menjadi lokasi penggambar­an filem.

“Fenomena ‘Air Mata Biru’ di Pantai Tusan mengangkat imej Miri dalam industri pelanconga­n antarabang­sa apabila menjadi lokasi penggambar­an produksi filem dari China,” katanya.

 ??  ?? LEE (enam kanan) menyambut mesra rakan media elektronik dan cetak semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina di kediamanny­a di Miri.
LEE (enam kanan) menyambut mesra rakan media elektronik dan cetak semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina di kediamanny­a di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia