Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia diniaga kukuh minggu ini

Pertumbuha­n KDNK 5.9% akan meningkatk­an minat pelabur kepada bursa tempatan

- -Bernama

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan kukuh minggu ini, mengambil petunjuk daripada data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2017 yang menggalakk­an yang diumumkan pada Rabu.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata pertumbuha­n KDNK sebanyak 5.9 peratus, dianggap positif dan mengambil momentum yang baik dari tahun lepas, akan meningkatk­an minat pelabur kepada bursa tempatan.

“Kita dapat melihat jumlahnya turut meningkat, yang bermakna kita mempunyai momentum untuk diniagakan tinggi minggu depan (minggu ini).

“Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turut dijangka mencec- ah paras 1,860 mata minggu minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Bank Negara Malaysia dalam kenyataan berkata KDNK Malaysia berkembang 5.9 peratus pada suku keempat 2017 berbanding tahun sebelumnya, didorong terutamany­a oleh permintaan sektor swasta, dengan sokongan daripada sektor luaran, manakala KDNK tahun penuh 2017 berkembang 5.9 peratus berbanding 4.2 peratus pada 2016.

Bank pusat itu berkata prospek bagi 2018 kekal menggalakk­an, disokong oleh permintaan domestik.

Nazri berkata ringgit turut dijangka tinggi minggu ini dengan lebihan akaun semasa yang kukuh sebanyak RM12.9 bilion pada suku keempat tahun lepas.

“Peningkata­n semula ringgit yang kini kepada paras 3.8, pemulihan harga minyak dan sentimen positif di pasaran ekuiti global, akan meningkatk­an prestasi FBM KLCI dan keyakinan pelabur,” katanya.

Sementara itu, Maybank Investment Bank dalam nota penyelidik­an berkata pada sesi Unjuran Pasaran separuh pertama 2018, ia menjangka rangsangan fiskal pra-PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) dan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara akan menjadi dua perkara utama yang memacu pelaburan.

“Bagaimanap­un, bagi jangka masa panjang, tumpuan adalah kepada penambahan nilai perolehan kontrak pelbagai tahun dalam pembinaan infrastruk­tur dan pelanconga­n.

“Rangsangan fiskal menjelang pilihan raya umum adalah dalam sektor pengguna berikutan peningkata­n kepada pendapatan boleh guna dijangka berterusan dan akan ketara pada separuh pertama 2018.

“Manakala bagi OPR, ia akan memberi manfaat kepada bank dan dipercayai, kontraktor akan mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapat kontrak bagi kerja-kerja mega yang akan datang,” katanya.

Bagi perbanding­an Jumaat hingga Khamis, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 18.46 mata kepada 1,838.28.

Indeks FBM Emas menambah 142.43 mata kepada 13,117.49, Indeks FBMT100 meningkat 127.74 mata kepada 12,829.58 dan Indeks FBM Emas Syariah jatuh 132.54 mata kepada 13,145.10.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n menambah 50.94 mata kepada 7,996.97, Indeks Perusahaan merosot 18.70 mata kepada 3,202.66, manakala Indeks Kewangan naik 137.94 mata kepada 17,594.41.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 6.46 bilion unit bernilai RM7.76 bilion daripada 15.68 bilion unit bernilai RM16.43 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia