Utusan Borneo (Sabah)

Ringgit dijangka didagang tinggi berbanding dolar AS

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka didagangka­n tinggi berbanding dolar AS minggu ini, susulan pemulihan harga komoditi, di tengah-tengah kelemahan dolar.

Ketua Pedagang OANDA Corp Asia Pasifik Stephen Innesberka­tadolaryan­glemah secara amnya menyokong pemintaan ke atas ringgit dan harga minyak yang lebih tinggi akan terus menyokong ringgit.

Harga minyak mentah mengukuh susulan cadangan oleh Menteri Tenaga, Perindustr­ian dan Sumber Mineral Arab Saudi Khalid A Al-Falih supaya penguranga­n pengeluara­n semasa oleh OPEC diteruskan.

“Saya jangkakan dolar AS akan susut lagi minggu ini ketika pasaran secara beransuran­sur memberi tumpuan kepada defisit perbelanja­an (perdaganga­n dan bajet) AS perdaganga­n dan belanjawan), yang merupakan negatif besar ke atas dolar AS dalam persekitar­an inflasi.

“Jadi, saya menjangkak­an ringgit akan didagangka­n antara 3.87 dan 3.91 berbanding dolar AS minggu ini dengan kecenderun­gan yang lebih tinggi berdasarka­n prospek dolar AS yang negatif,” katanya kepada Bernama.

Dolar AS susut berbanding sekumpulan mata wang pada Jumaat dalam aktiviti jualan berterusan walaupun data inflasi yang lebih tinggi berbanding jangkaan selain unjuran peningkata­n kadar faedah.

Sementara itu, Niaga Hadapan Minyak Mentah Sweet West Texas Intermedia­te naik 0.68 peratus kepada AS$ 61.01 setong.

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena sambutan Tahun Baharu China.

Berdasarka­n asas Jumaat ke Jumaat, ringgit ditutup pada 3.8910/8980 berbanding dolar daripada 3.9370/9410 pada minggu sebelumnya.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9659/9724 daripada 2.9604/9643 dua minggu lepas dan rendah berbanding yen kepada 3.6559/6635 daripada 3.6096/6143 minggu sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia