Utusan Borneo (Sabah)

Dagangan niaga hadapan MSM dijangka lengang

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka menyaksika­n dagangan lengang minggu ini berikutan ramai peniaga masih dalam suasana cuti bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Peniaga Sawit Kanan Interband Group of Companies, Jim Teh berkata keadaan itu dijangka menjejaska­n harga MSM dan didagangka­n dalam lingkungan antara RM2,350 dan RM2,410 satu tan.

“Peniaga juga berharap inventori MSM negara yang rendah mampu menaikkan harga komoditi itu.

“Harga MSM kita juga sebenarnya masih menarik walaupun permintaan terhadap komoditi itu lemah pada minggu ini (minggu lepas),” katanya kepada Bernama.

Statistik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang dikeluarka­n pada awal minggu lepas menunjukka­n eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2018 naik 6.01 peratus kepada 1.51 juta tan daripada 1.43 juta tan pada Disember 2017.

Selain itu, laporan jurunilai kargo, Intertek Testing Services menyatakan eksport produk minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1-10 Februari meningkat 14.7 peratus kepada 412,207 tan berbanding 359,346 tan pada tempoh sama pada Januari lepas.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga MSM diniagakan rendah berikutan aktiviti pengambila­n untung apabila ramai pembeli tidak aktif susulan cuti Tahun Baharu Cina itu.

Bagi asas Jumaat hingga Khamis, kontrak Februari 2018 meningkat RM10 kepada RM2,505 satu tan, Mac 2018 merosot RM1 kepada RM2,518 satu tan, April 2018 berkuranga­n RM6 kepada RM2,508 satu tan manakala Mei 2018 susut RM8 kepada RM2,506 satu tan.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 110,739 lot berbanding 213,774 lot pada Jumaat lepas manakala kepentinga­n terbuka berkuranga­n kepada 240,540 kontrak daripada 286,520 kontrak, sebelum ini.

Di pasaran fizikal, Februari Selatan meningkat RM5 kepada RM2,520 satu tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia