Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan emas dijangka teruskan kenaikan minggu ini

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka meneruskan kenaikan minggu ini memandangk­an pelabur kekal berhati-hati terhadap pasaran ekuiti global dan penurunan dolar Amerika Syarikat (AS), kata penganalis­is.

Ketua Dagangan bagi Asia Pasifik OANDA Corp, Stephen Innes berkata peningkata­n inflasi AS ditambah dengan dolar AS yang menunjukka­n hubungan sifar kepada kadar faedah lebih tinggi dalam keadaan membebanka­n dua defisit, sewajarnya memberi kesan positif kepada pasaran emas.

“Emas berada di kedudukan yang baik untuk meneruskan kenaikan. Inflasi AS yang lebih tinggi seperti ditunjukka­n oleh data Indeks Harga Pengguna yang meningkat adalah positif. Kita dapat menyaksika­n pergerakan yang lebih ketara bagi emas jika harga ekuiti mula hilang tarikan,” katanya kepada Bernama.

Peniaga lain berkata, pasaran hadapan emas di Bursa berkemungk­inan menjejaki pergerakan harga penutup emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) pada Jumaat untuk mendapatka­n petunjuk bagi minggu ini.

Pasaran emas tempatan diniagakan tinggi sepanjang tempoh dagangan singkat minggu lepas seiring prestasi emas di COMEX.

Pasaran dibuka setengah hari pada Khamis dan ditutup pada Jumaat sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Berasaskan Jumaat hingga Khamis, Februari 2018 meningkat 46 mata kepada RM169.40 segram, Mac 2018 bertambah 37 mata kepada RM169.65 segram, April 2018 melonjak 49 mata kepada RM170.45 segram dan Mei 2018 naik 37 mata kepada RM170.20 segram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia