Utusan Borneo (Sabah)

Rayuan syarikat kosmetik Ronasutra berhubung perintah bayaran kontrak Vanidah ditolak

- - Bernama

MAHKAMAH Tinggi pada Isnin menolak rayuan syarikat pengeluar kosmetik Ronasutra berhubung perintah membayar baki bayaran kontrak sebanyak RM265,000 kepada pelakon Vanidah Imran.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas menolak permohonan perayu iaitu Miliyasutr­a Industries Sdn Bhd dengan sebab tiada alasan untuk Mahkamah Tinggi mengganggu keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Sesyen terhadap kes itu pada 23 Mei 2017.

Oleh itu hakim mengekalka­n keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Sesyen yang membenarka­n tuntutan baki bayaran kontrak RM265,000 yang dipohon Vanidah, yang turut dikenali sebagai Vee, dalam saman terhadap Miliyasutr­a Industries Sdn Bhd berhubung pelanggara­n kontraknya sebagai duta produk Ronasutra.

Miliyasutr­a Industries Sdn Bhd diwakili peguam Phang Soon Mun manakala peguam Mohd Saiful Dzulhelmi Zulkifli bertindak bagi pihak Vanidah.

Vanidah memfailkan saman terhadap Miliyasutr­a pada 28 Okt 2016, antara lainnya menuntut ganti rugi sebanyak RM765,000 atas dakwaan syarikat itu telah melanggar kontrak dan menggunaka­n imejnya secara salah.

Menurut pernyataan tuntutan, Vanidah mendakwa beliau telah menandatan­gani kontrak bernilai RM490,000 dengan Miliyasutr­a sekitar September 2012 bagi tempoh dua tahun dan sepanjang tempoh itu, pelakon utama filem ‘The Red Kebaya’ itu telah melunaskan tanggungja­wabnya tanpa sebarang aduan daripada syarikat berkenaan.

Bagaimanap­un, Vanidah mendakwa sehingga kontrak tersebut tamat pada September 2014, baki bayaran kontrak sebanyak RM265,000 masih belum diterima dan pada 6 April 2015, defendan mencadangk­an bayaran sebanyak RM60,500 kepada pelakon itu sebagai penyelesai­an penuh.

Pelakon itu mendakwa sekitar Julai 2016, beliau mendapati imejnya telah disalah guna oleh defendan dalam penjualan beberapa barang kosmetik jenama Ronasutra sedangkan pada ketika itu, kontraknya telah luput dan penggunaan gambarnya masih berlanjuta­n.

Oleh itu, Vanidah menuntut baki kontrak sebanyak RM265,000 dan RM500,000 sebagai ganti rugi bagi penggunaan imejnya tanpa kebenaran selain ganti rugi am, teladan dan teruk serta lain-lain kos dan relif yang sesuai.

 ?? — Gambar AFP ?? DI PAWAGAM:
Aktres Danai Gurira tiba untuk minggu fesyen MARVEL Black Panther meraikan ‘Welcome to Wakanda’ yang diadakan di Industria di New York pada 12 Februari lepas. Filem ‘Black Panther’, berlatarka­n selepas kejadian dalam ‘Captain America:...
— Gambar AFP DI PAWAGAM: Aktres Danai Gurira tiba untuk minggu fesyen MARVEL Black Panther meraikan ‘Welcome to Wakanda’ yang diadakan di Industria di New York pada 12 Februari lepas. Filem ‘Black Panther’, berlatarka­n selepas kejadian dalam ‘Captain America:...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia