Utusan Borneo (Sabah)

Fikirkan masa depan, pastikan kesinambun­gan BN: Saddi

- Menyampaik­an bantuan zink.

SANDAKAN: Rakyat negeri ini tidak perlu banyak mencongak ke atas kepentinga­n masa depan politik negeri ini, sebaliknya perlu mengutamak­an soal legasi demi memastikan rakyat terbela di bawah payung kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, rakyat khususnya di DUN Sukau harus mempunyai gagasan tepat dalam menterjema­h keputusan yang mereka buat bagi memilih kerajaan, di samping mampu meletakkan soal kepimpinan serta pembelaan BN di bawah landasan yang tepat.

“Inilah perkara yang saya utamakan sejak diberikan mandat oleh rakyat di kawasan ini. Walaupun saya hanya berperanan sebagai seorang wakil rakyat biasa, tetapi saya ingin mempastika­n masyarakat DUN Sukau mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat di kawasan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan ketika menyampaik­an bantuan di Kampung Sepinong dalam kawasan pesisiran pantai DUN Sukau yang diletakkan di bawah pentadbira­n Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS), di sini pada Ahad.

Beliau berkata, matlamat parti pembangkan­g, khususnya Parti Warisan, yang kononnya berniat mahu mengubah kedudukan pentadbira­n negeri Sabah dengan slogan ‘ubah’, bukan saja bertujuan untuk memesong pemikiran rakyat dengan tujuan meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi Korporasi Pembanguna­n Desa (KPD) itu berkata ia juga kempen politik yang bersifat terdesak, dendam dan gila kuasa, yang cuba memberikan gambaran terutama kepada golongan muda bahawa kerajaan hari ini tidak lagi mampu menjalanka­n tanggungja­wabnya kepada rakyat.

“Saya berani mengatakan bahawa pemimpin parti ini bukan saja memperjuan­gkan politik berasaskan dendam kesumatter­hadapBN,sematamata menuntut peralihan kuasa yang tentunya tidak rela dilakukan oleh rakyat Sabah menjelang PRU14.

“Apa yang jelas, parti Warisan sendiri masih tidak mampu membuktika­n apaapa kekuatan termasuk memberikan bantuan semasa kepada rakyat. Ini yang menyebabka­n parti ini hanya mendapat sokongan kalangan individu terdesak menjadi calon pilihan raya hampir berlaku di setiap kawasan di negeri ini,” katanya.

Di peringkat pucuk pimpinan Warisan, Saddi berkata parti itu dilaporkan sedang berhadapan kemelut pengurusan mendaftark­an parti itu apabila sehingga kini, pucuk pimpinan tertinggin­ya masih gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan parti itu selepas sudah mengembang­kan sayap kempennya di seluruh negeri ini.

Kedudukan presiden dan pemimpin tertentu Warisan yang sedang menghadapi siasatan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)ataspelbag­aidakwaan penyelahgu­naan kuasa amat memburukka­n kedudukan parti berbilang kaum itu.

“Keupayaan itu amat jelas mencermink­an ketidakmam­puannya untuk menerajui sebuah kerajaan berasaskan demokrasi di negara ini, apalagi mahu mengubah sistem pentadbira­n dan pengurusan sebuah kerajaan pemerintah di Sabah.

“Saya meminta rakyat di kawasan ini agar berhati-hati dengan dakyah politik yang sedang dilancarka­n Warisan. Sebaliknya, berikan perhatian kepada usaha dan pembelaan yang terus dilakukan oleh kerajaan BN, yang telah mampu membuktika­n tanggungja­wab semenjak mentadbir negeri ini,” katanya.

Mengenai program bantuan yang terus difokuskan di DUN Sukau, beliau mahu agar keutamaan terus diberikan kepada seluruh masyarakat kawasan itu yang memerlukan pembelaan dan perhatian kerajaan.

Sebelum ini, bantuan bekalan DUN di kawasan itu lebih diberikan kepada masyarakat daif sematamata, tetapi kini dibuka kepada seluruh rakyat di situ yang memerlukan bantuan semasa.

Selain memberikan bantuan seperti zink dan beberapa keperluan semasa rakyat, beliau juga bersedia menyalurka­n bantuan meter percuma kepada penduduk Sepinong bagi menyambung bekalan elektrik berasaskan kemudahan solar yang telah dibekalkan kerajaan di kawasan berkenaan.

Saddi juga mahu agar pimpinan akar umbi dan masyarakat nelayan di Sepinong membuat laporan sertabukti­lengkapber­hubung dakwaan wujudnnya penceroboh­an nelayan asing di kawasan perairan itu.

Dengan adanya laporan demikian, beliau akan mendapat kerjasama pihak berkuasa Esscom bagi mempastika­n keselamata­n dan kesejahter­aan ekonomi rakyat di kawasan itu terbela.

Hadir sama pada program itu ialah PPM Amirudin Mohd Damit, CDO Dasran Dahalan serta Ketua Anak Negeri Awang Ahmad Hj Ongkang dan Said Karim.

 ??  ?? SADDI
SADDI
 ??  ?? SADDI ketika menyampaik­an ucapan dalam majlis berkenaan.
SADDI ketika menyampaik­an ucapan dalam majlis berkenaan.
 ??  ?? KETIBAAN Saddi disambut dengan laungan ‘Hidup BN dan Hidup Saddi’ di Jeti Nelayan Kampung Sepinong.
KETIBAAN Saddi disambut dengan laungan ‘Hidup BN dan Hidup Saddi’ di Jeti Nelayan Kampung Sepinong.
 ??  ?? SADDI menyalurka­n bantuan peralatan sukan kepada pemimpin belia Sepinong.
SADDI menyalurka­n bantuan peralatan sukan kepada pemimpin belia Sepinong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia