Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan seludup gagal, minyak dan gas dirampas PPM

Minyak dan gas lebih RM17,000 dirampas PPM

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) daerah ini berjaya menumpaska­n cubaan sekumpulan pendatang tanpa izin (PTI) menyeludup minyak dan gas yang bernilai lebih RM17,000.

Ketua Polis Daerah Kudat Superinten­dan Douglas Taong berkata, rampasan berkenaan dibuat dalam operasi di perairan Kampung Bingolon Laut di sini.

Menurutnya, seramai 20 PTI ditahan bersama barang-barang rampasan di dalam sebuah bot nelayan jenis pancing kira-kira jam 7 malam Sabtu.

“Selain bot berkenaan, turut dirampas sebanyak 24 tong minyak petrol berjumlah 200 liter, 16 gelen minyak petrol sebanyak 30 liter, dan 24 tong gas jenama My Gas.

“Anggaran nilai keseluruha­n rampasan berjumlah RM117,486.40,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, tiga lelaki berjaya melarikan diri dengan bertindak terjun dari bot berkenaan sebelum hilang di kawasan hutan berhampira­n.

Pihaknya masih menyiasat identiti ketiga-tiga suspek berkenaan dan sehingga kini belum ada tangkapan dibuat.

“Hasil siasatan awal mendapati barang-barang kawalan berkenaan cuba diseludup ke Pulau Palawan Filipina.

“Kesemua PTI berkenaan berumur dalam lingkungan setahun hingga 75 tahun dan mendakwa datang dari Kota Kinabalu dan Kota Belud.

“Mereka berniat balik ke Pulau Palawan dengan menggunaka­n bot nelayan terbabit,” katanya.

Douglas berkata, usaha untuk mengesan pemilik bot terbabit masih dijalankan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Hasil siasatan awal mendapati barang-barang kawalan berkenaan cuba diseludup ke Pulau ” Palawan Filipina. SUPERINTEN­DAN DOUGLAS TAONG Ketua Polis Daerah Kudat

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA PPM Kudat menunjukka­n barang kawalan yang dirampas dalam operasi itu.
ANGGOTA PPM Kudat menunjukka­n barang kawalan yang dirampas dalam operasi itu.
 ??  ?? PTI yang ditahan dipercayai dalam perjalanan menuju ke Pulau Palawan Filipina.
PTI yang ditahan dipercayai dalam perjalanan menuju ke Pulau Palawan Filipina.
 ??  ?? BOT nelayan jenis pancing yang digunakan suspek.
BOT nelayan jenis pancing yang digunakan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia