Utusan Borneo (Sabah)

Empat lelaki kena 13 tahun, rogol gadis bawah umur

Disabit bersalah rogol gadis bawah umur

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Empat lelaki yang disabitkan dengan kesalahan merogol seorang gadis bawah umur, dikenakan penjara 13 tahun, oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Sharul Azmizan Kimlan, 26, Zulfadzly Abd Rahman, 26, Hasnan Bawdin, 27, dan Shahbeneh Kesran, 45, selepas perbicaraa­n penuh dan didapati bersalah.

Mereka yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, merogol mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu kejadian.

Kesalahan dilakukan pada 14 Mei 2016 antara jam 1.20 petang, di rumah sebuah kampung, daerah Penampang.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraa­n, pihak pendakwaan memanggil 12 saksi manakala enam saksi daripada pihak pembelaan.

Semasa rayuan, peguam AzhierFarh­anAirisinm­emohon mahkamah mengimbang­i kepentinga­n awam dan semua tertuduh.

Hal ini memberikan peluang kepada mereka untuk menjadi warganegar­a yang lebih baik.

Beliau juga merayu agar mahkamah menunjukka­n belas kasihan kepada semua tertuduh, yang kini sudah tidak bekerja disamping tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.

Timbalan Pendakwara­ya Husna Abd Halim menegaskan, hukuman berat harus dijatuhkan kerana semua tertuduh menjalani perbicaraa­n penuh.

“Fakta kes menunjukka­n, tertuduh pertama dan kedua membawa mangsa ke rumah mereka di Penampang. Mangsa dikeliling­i keempat-empat tertuduh.

“Mangsa yang naif dan masih muda dipengaruh­i oleh tertuduh ketiga, untuk menuruti keinginan mereka,” katanya.

Tambahnya, tiada unsur keganasan bukan salah satu faktor rayuan dalam kes berkenaan, kerana semua tertuduh bukan pesalah muda.

Disamping itu, Azhier turut meminta agar tertuduh pertama dan kedua dapat menangguhk­an menjalani hukuman berkenaan.

“Ayah Sharul Amizan baharu meninggal dua minggu yang lalu, manakala Zulfazly, datuknya meninggal pada malam Ahad lalu,” katanya.

Bagaimanap­un, Azreena mengetepik­an permohonan berkenaan.

Mereka yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, merogol mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu kejadian. Kesalahan dilakukan pada 14 Mei 2016 antara jam 1.20 petang, di rumah sebuah kampung, daerah Penampang.

 ??  ?? SEMUA tertuduh diiringi anggota polis, keluar dari kamar mahkamah.
SEMUA tertuduh diiringi anggota polis, keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia