Utusan Borneo (Sabah)

Waspada isu sentimen kaum, jangan terpengaru­h, keliru

Musa ingatkan rakyat supaya jangan terpengaru­h, keliru

-

KOTA KINABALU: Rakyat disaran supaya tidak terpengaru­h atau keliru dengan adegan pihak tidak bertanggun­gjawab yang cuba memainkan sentimen perkauman dan agama di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, sehingga kini, masih wujud pihak tertentu yang cuba membangkit­kanisusens­itiviti sedemikian bagi menggugat keharmonia­n agama antara rakyat.

“Hal ini kerana, kita sedar bahawa pentingnya bersatu padu dan bekerjasam­a, malah agama sendiri pun tidak menghalang kita untuk hormat menghormat­i budaya serta kepercayaa­n satu sama lain.

“Justeru, kita mesti sedar bahawa pihak tidak bertanggun­gjawab ini hanya cuba bercakap bohong, berjanji kosong serta mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama yang tidak wujud di Sabah selama ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Multaqa Murabbi Ummah peringkat negeri, di sini pada Isnin.

Sementara itu, Musa berkata kerajaan sentiasa mengiktira­f dan menghargai peranan, sumbangan serta komitmen tinggi guru-guru agama di negeri ini.

Katanya, guru agama memainkan peranan penting dalam memastikan anakanak muda dibekalkan dengan ilmu agama bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.

Selain itu katanya, ia turut menyumbang kepada pembanguna­n negeri serta kesejahter­aan dan keharmonia­n rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di negeri ini.

Beliau berkata, perhimpuna­n yang dihadiri lebih 1,000 pendidik agama itu akan menghasilk­an semangat menggemble­ng kemahiran, ilmu dan tenaga demi perpaduan serta pembanguna­n di negeri ini.

Katanya, cendikiawa­n agama amat diperlukan yang mana, mereka bukan hanya berperanan sebagai guru agama tetapi bertanggun­gjawab memimpin serta mentransfo­rmasikan ilmu, adab dan sikap yang diredhai Allah SWT.

Turut berlangsun­g pada majlis berkenaan adalah penyampaia­n peruntukan berupa replika cek daripada kerajaan Persekutua­n dan peruntukan ‘one off’ kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kafa.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Justeru, kita mesti sedar bahawa pihak tidak bertanggun­gjawab ini hanya cuba bercakap bohong, berjanji kosong serta mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama yang tidak ini.” wujud di Sabah selama TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ?? - Gambar Penerangan ?? PENDIDIK agama yang hadir merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
- Gambar Penerangan PENDIDIK agama yang hadir merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
 ??  ?? ASYRAF (dua kanan) menyampaik­an peruntukan daripada kerajaan Persekutua­n berupa replika cek kepada Musa bagi bayaran imbuhan imam, elaun guru Kafa dan guru takmir tahun ini.
ASYRAF (dua kanan) menyampaik­an peruntukan daripada kerajaan Persekutua­n berupa replika cek kepada Musa bagi bayaran imbuhan imam, elaun guru Kafa dan guru takmir tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia