Utusan Borneo (Sabah)

Aizat Amdan gesa peminat beri ruang kepada penyanyi baharu

- — Bernama

PENYANYI Aizat Amdan menggesa peminat muzik tanah air agar memberi ruang kepada penyanyi baharu atau yang dilabel sebagai “budak baru nak up” untuk menonjolka­n bakat mereka.

Aizat berkata adalah tidak adil kecaman serta kritikan negatif diberikan kepada mereka khususnya oleh para netizen.

“Bagi saya mereka ini mempunyai bakat yang ‘fresh’ serta keistimewa­an tersendiri dan perlu diberi pertimbang­an oleh semua pihak untuk menerima kehadiran mereka dalam industri muzik.

“Jangan letakkan harapan terlalu tinggi kerana golongan ini memerlukan masa dan ruang untuk belajar menjadi pelapis yang boleh dibanggaka­n kelak,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu undangan program Nine11 terbitan Bernama News Channel di sini, semalam.

Antara barisan penyanyi baharu yang dilabel ‘Budak Baru Nak Up’ termasuk Haqiem Rusli, Khai Bahar, Wany Hasrita dan Aiman Tino memerlukan sokongan moral untuk mencipta nama dalam persada muzik tempatan dan bukannya memberi kecaman yang boleh menjejaska­n reputasi mereka, katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Hanya Kau Yang Mampu’ itu berkata zaman dilalui muka-muka baharu itu sangat mencabar lebih-lebih lagi dengan kewujudan media sosial yang menyaksika­n para netizen bebas memberi sebarang kritikan dan pujian.

“Saya mendoakan agar mereka ini kuat dan mampu mengharung­i cabaran getir khususnya apabila berhadapan dengan pelbagai kerenah netizen di media sosial,” kata pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 melalui lagu ‘Pergi’ itu.

Aizat yang juga komposer berkata penyanyi baru ini mempunyai keistimewa­an tersendiri, dan kehadiran mereka telah memeriahka­n lagi industri muzik tempatan.

Mengenai perkembang­an terbaru dirinya, Aizat berkata beliau kini sedang sibuk mempromosi single terbaharun­ya berjudul ‘Sampai Ke Hari Tua’.

Katanya single itu mengisahka­n tentang hasrat semua orang yang mahu kekal bersama pasanganny­a sehingga ke hari tua.

“Peminat boleh mendengar lagu baharu saya di laman Youtube dan platform lain seperti Spotify, Joox, dan Apple Music,” katanya yang merancang untuk muncul dengan album baharu tahun ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia