Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan BN menang PRU-14

Ketua cawangan, PDM digesa dekati pengundi

-

SANDAKAN: Semua ketua cawangan Umno dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum digesa memainkan peranan mendekati pengundi bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada masa sama, semua ketua PDM juga diminta mengemaski­nidatapeng­undidi setiap PDM sebagai persediaan menghadapi PRU14.

Naib Ketua Bahagian Umno Libaran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris berkata usaha mendekati pengundi dan mengemaski­ni data dari semasa ke semasa perlu dilakukan agar pengundi lebih dekat dengan BN dan merasa dihargai selain membuktika­n BN sebagai pilihan rakyat.

“Ketua cawangan dan ketua PDM juga diingatkan agar tidak mengkhiana­ti parti dan memastikan tanggungja­wab dilaksanak­an sebaiknya agar kemenangan pada PRU bukan sahaja berpihak kepada calon BN malah menang dengan majoriti tinggi,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika melakukan perjumpaan bersamaket­ua-ketuacawan­gan Umno dalam kawasan DUN Gum-Gum di sini.

Selain memberi semangat dan ingatan kepada ketuaketua cawangan dan PDM, perjumpaan itu juga bagi mendengar setiap masalah yang dihadapi oleh PDM yang diwujudkan.

Zakaria berkata, PDM yang berhadapan masalah bekalan air, elektrik dan talian wifi akan diselesaik­an dalam masa terdekat.

Beliau juga mahu setiap ketua cawangan dan PDM yang hadir tidak terpedaya dengan sebarang isu yang diviralkan melalui media sosial oleh pihak pembangkan­g yang hanya ingin memburukka­n kerajaan.

Jelasnya, tidak wujud sebarang isu kerana kerajaan telah banyak membantu rakyat.

Ketua cawangan dan ketua PDM juga diingatkan agar tidak mengkhiana­ti parti dan memastikan tanggungja­wab dilaksanak­an sebaiknya agar kemenangan pada PRU bukan sahaja berpihak kepada calon BN malah menang dengan majoriti tinggi.

DATUK HAJI ZAKARIA HAJI MOHD EDRIS Naib Ketua Bahagian Umno Libaran

 ??  ?? ZAKARIA (tengah) semasa perjumpaan bersama ketua-ketua cawangan Umno dari PDM DUN Gum-Gum.
ZAKARIA (tengah) semasa perjumpaan bersama ketua-ketua cawangan Umno dari PDM DUN Gum-Gum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia