Utusan Borneo (Sabah)

‘Muzium dan Masyarakat’ di Kg Tudan Kiulu

- Oleh ALEX DUIN

TUARAN: Jabatan Muzium Sabah menerusi Bahagian Pendidikan dan Zoologi telah mengadakan pameran bergerak di Kampung Tudan, Kiulu, di sini.

Pameran yang bertemakan ‘Muzium dan Masyarakat’ itu berlangsun­g pada hujung Januari lalu dan turut mendapat kerjasama daripada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n (JKKK) Tudan.

Pegawai Jabatan Muzium Sabah Stephen Jaya D ketika ditemui berkata pameran itu diadakan sempena upacara pecah tanah tapak bangunan koperasi dan pemprosesa­n produk mulberry di kampung berkenaan.

“Pameran yang diadakan itu bukan saja menarik perhatian penduduk dari tiga kampung berhampira­n, malah pegawai dan pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang turut datang ke situ bagi memeriahka­n majlis.

“Majlis juga dimeriahka­n lagi dengan kehadiran Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang juga Ahli Parlimen Tuaran, selaku perasmi majlis itu.

“Selain itu, pameran bergerak dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu Datuk Joniston Bangkuai,” katanya.

Stephen yang mewakili Pengarah Muzium Sabah Mansur Asun berkata selain pameran, turut diadakan ialah pertanding­an melukis dan mewarna bagi murid-murid yang hadir.

“Kita juga bersyukur kerana dua pemimpin yang hadir (Madius dan Joniston) gembira dengan usaha kita mengadakan pameran ini yang julung-julung kali diadakan di situ.

“Madius juga berharap supaya pameran bergerak ini diadakan di seluruh kawasan Tuaran bagi memberi pendedahan kepada penduduk di luar bandar itu,” katanya.

 ??  ?? MADIUS dan Joniston melawat pameran oleh Jabatan Muzium Sabah di Kg Tudan, Kiulu.
MADIUS dan Joniston melawat pameran oleh Jabatan Muzium Sabah di Kg Tudan, Kiulu.
 ??  ?? MADIUS bersalaman dengan penduduk yang hadir.
MADIUS bersalaman dengan penduduk yang hadir.
 ??  ?? STEPHEN menyampaik­an ucapan pengarah Muzium Sabah pada majlis perasmian pameran berkenaan.
STEPHEN menyampaik­an ucapan pengarah Muzium Sabah pada majlis perasmian pameran berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia