Utusan Borneo (Sabah)

Cerapan ibadah

Satu tanggungja­wab mencabar

- -PENERANGAN

PUTATAN: Aktiviti mencerap hilal merupakan satu tugasan yang dilihat biasa tetapi mencabar kesabaran dan memerlukan rasa tanggungja­wab tinggi kerana ia penting dalam penentuan permulaan awal bulan dalam kalendar Islam.

Kesempatan melihat aktiviti mencerap hilal ini tentunya satu peluang berharga untuk masyarakat memahami kepentinga­n serapan itu yang dilakukan antara 29 dan 30 setiap bulan.

Pada asasnya, tugasan mencerap yang dilakukan nampak mudah iaitu hanya memerhati pada paparan kamera atau teleskop tetapi sebaliknya pemerhatia­n perlu sentiasa fokus setiap saat dalam melakukan pengiraan terhadap pergerakan matahari dan bulan.

Pegawai Hal Ehwal Islam Ustaz Mohd Jumat Abdul Rajak berkata, tugas mencerap memerlukan penyediaan mental yang tinggi kerana kesilapan ketika melakukan cerapan mampu memberi kesan kepada kesilapan data cerapan.

“Masyarakat sebenarnya tidak terdedah terhadap aktiviti ini dan tidak ramai yang ingin mengetahui kepentinga­nnya kecuali para peminat astronomi.

“Tugasan ini sebenarnya amat berhubung kait dengan urusan kehidupan

masyarakat terutama dalam soal ibadah seharian. Contoh kepentinga­n cerapan ini adalah dalam aspek penentuan bila awal Ramadan, Syawal, Zulhijjah dan sebagainya.

“Ini bermakna maklumat cerapan yang diperolehi mampu menghasilk­an pengiraan awalan setiap bulan dalam kalendar Islam seterusnya memudahkan masyarakat Islam mengetahui tarikhtari­kh pent

ing dalam Islam,” katanya ketika ditemui selepas melaksanak­an cerapan di balai cerap Al Biruni Tanjung Dumpil, Putatan pada Jumaat.

Jelasnya, ia bererti kemahiran cerapan yang baik amat diutamakan agar pengukuran dapat dilakukan dengan tepat kerana data yang diperolehi juga penting dalam penghasila­n Takwim Solat yang dikeluarka­n oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah.

“Oleh itu, aktiviti cerapan ini menjadi satu kemestian untuk mendapatka­n data bagi penentuan awal bulan yang tepat.

“Untuk memperoleh hasil yang berkualiti, amat sukar menggunaka­n penglihata­n mata kasar terutama dalam situasi cuaca yang kurang

Tugasan ini sebenarnya amat berhubung kait dengan urusan kehidupan masyarakat terutama dalam soal ibadah seharian. Contoh kepentinga­n cerapan ini adalah dalam aspek penentuan bila awal Ramadan, Syawal, Zulhijjah dan sebagainya.

USTAZ MOHD JUMAT ABDUL RAJAK Pegawai Hal Ehwal Islam

baik.

“Sehubungan itu, penggunaan peralatan yang tepat dan sesuai penting iaitu penggunaan teodolit, teleskop yang dilengkapi peralatan rakaman seperti kamera dan video bagi membantu para pencerap melihat hilal terutama semasa cahaya yang amat minimum,” katanya. Jumat berkata, masyarakat atau penggemar astronomi yang berminat menyertai aktiviti cerapan hilal (anak bulan) di balai cerap itu bolehlah mendapatka­n borang di pautan https://t.me/InfoFatwaF­alakSabah/125.

“Individu yang berminat boleh mengisi borang berkenaan dan fakskan ke Pejabat Mufti Negeri Sabah atau boleh berhubung terus dengan saya di talian 0138595501 atau 0195367902.

“Orang ramai juga boleh mendapatka­n pelbagai info berkaitan fatwa dan falak negeri Sabah pada pautan berkenaan,” tambahnya.

Antara agensi yang sering terlibat membantu melaksanak­an cerapan adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Sabah (Jupem), Persatuan Pencerap Bintang Sabah (Sabah Stargazers) dan Jabatan Penerangan (Japen).

 ??  ?? ANTARA pemandanga­n menarik yang dapat diperhatik­an pada cerapan.
ANTARA pemandanga­n menarik yang dapat diperhatik­an pada cerapan.
 ??  ?? JUMAT sentiasa melakukan pemerhatia­n bagi menghasilk­an cerapan hilal yang tepat.
JUMAT sentiasa melakukan pemerhatia­n bagi menghasilk­an cerapan hilal yang tepat.
 ??  ?? WARTAWAN turut diberi pendedahan dan penjelasan kaedah cerapan yang dilakukan.
WARTAWAN turut diberi pendedahan dan penjelasan kaedah cerapan yang dilakukan.
 ??  ?? ANTARA peralatan yang digunakan sepanjang aktiviti cerapan.
ANTARA peralatan yang digunakan sepanjang aktiviti cerapan.
 ??  ?? PETUGAS dari Jupem turut melakukan cerapan.
PETUGAS dari Jupem turut melakukan cerapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia