Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Sukan Pemuda Umno Tenom

-

TENOM: Lebih 2,000 orang berkampung di daerah ini selama tiga hari bagi menyertai Karnival Sukan anjuran Pemuda Umno Tenom yang telahpun bermula sejak 16 Februari.

Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar berkata para peserta adalah datang dari seluruh negeri Sabah termasuk dari Semenanjun­g Malaysia dan juga Brunei.

“Sebanyak tiga jenis sukan dipertandi­ngkan pada karnival ini masing-masing terdiri bolasepak dengan 96 pasukan serta sepak takraw dan bola tampar masingmasi­ng 40 pasukan,” katanya ketika berucap di majlis perasmian karnival itu yang diadakan di padang pekan di sini pada Sabtu.

Ketua Umno Bahagian Tenom yang juga Adun Kemabong Datuk Rubin Balang telah merasmikan karnival itu.

Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia berkata, terdapat juga pemain kebangsaan bagi sukan sepak takraw seperti Noor Azman dan Putra selain pemain sukan bola tampar yang datang dari beberapa daerah di negeri ini termasuk Lahad Datu, Kudat, Tawau, Keningau, Nabawan, Ranau selain Tenom.

Menurut beliau, pada karnival tahun ini, pihak penganjur telah memberikan kelonggara­n kepada pasukanpas­ukan tempatan di daerah ini mengambil pemain import sama ada pemain negeri mahupun kebangsaan bagi ketiga-tiga jenis sukan itu.

“Untuk bolasepak, setiap pasukan dibolehkan mengambil tiga pemain import, sepak takraw dan bola tampar masing-masing seorang sahaja pemain import,” katanya.

Jamawi berkata, ia bertujuan memberikan pendedahan, pengalaman baharu dan mempelajar­i kaedah baharu dalam mana-mana sukan yang dipertandi­ngkan kepada anak-anak muda di daerah ini.

Beliau juga berjarap agar para pemain dapat mengekalka­n semangat kesukanan selama tiga hari karnival itu diadakan.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiann­ya, Rubin mengharapk­an agar karnival itu dapat memupuk persefaham­an dalam kalangan peserta selain mencungkil bakat untuk dipupuk menjadi seorang pemain dan ahli sukan yang bertaraf profesiona­l.

“Selain itu, untuk menyedarka­n kita bahawa sukan adalah untuk kesihatan diri dan perkara penting yang perlu diingat oleh para belia ialah ia bukan semata-mata kerana pertanding­an untuk kemenangan.

“Menang dan kalah itu adalah perkara lumrah dalam setiap pertanding­an. Kita perlu menunjukka­n bakat ketika bermain selain sentiasa mengamalka­n semangat kesukanan yang tinggi,” katanya.

Hadir sama, Naib Ketua Bahagian Umno Tenom Juli Malek Hussin dan Setiausaha Bahagian Esar Andamas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia