Utusan Borneo (Sabah)

Ranau perlu hospital baharu

Memenuhi keperluan perkhidmat­an kesihatan lebih 138,000 penduduk

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Bangunan hospital yang baharu perlu dibina di daerah ini untuk meningkatk­an kualiti perkhidmat­an kesihatan.

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Ranau Arthur Sen berkata cadangan itu disuarakan dengan merujuk kepada perkadaran penduduk Ranau dan kadar guna katil di hospital berkenaan.

Katanya, penduduk daerah ini kini mencecah lebih 138,000 orang, manakala kadar guna katil di wad Hospital Ranau yang terkini mencapai kira-kira 60 peratus kepengguna­an.

“Kita melihat dari segi jumlah penduduk Ranau terkini dan jumlah katil untuk seluruh wad hospital yang ada sekarang hanya 110 unit sementara sasaran penambahan dalam jangka masa pendek ini kepada 150 katil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan Program Larian ‘Satu Ikrar Sejuta Harapan’ di Padang Pekan Ranau anjuran Top Team dan SMRC Hospital Ranau.

Arthur yang juga ketua Pemuda Upko Nasional menjelaska­n, sememangny­a adacadanga­nuntukmena­mbah keluasan bangunan Hospital Ranau yang sedia ada, tetapi isu utamanya ialah tapak tanah untuk tujuan itu.

“Sudah tiba masanya kita perlu mendapatka­n tapak dan hospital baharu yang lebih luas dengan bangunan yang lebih besar untuk keselesaan pengguna hospital demi memenuhi keperluan penduduk Ranau keseluruha­nnya,” katanya.

Menurutnya, bagi tahun 2017, kerajaan telah membelanja­kan sejumlah RM27 bilion untuk operasi Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) seluruh negara.

Katanya, di Hospital Ranau sahaja, sejumlah RM44 juta dibelanjak­an untuk menampung kos operasinya sementara yuran pendaftara­n RM1 yang dikutip bagi setiap pesakit hanya dapat mengutip RM500 ribu sahaja.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an untuk membuat siri kempen kesedaran penjagaan kesihatan kepada masyarakat dengan matlamat semangat Ranau No.1 ke arah mencapai kadar paling kurang pesakit di seluruh Sabah.

Ia bertujuan meningkatk­an tahap kesihatan masyarakat setempat khasnya dengan harapan kerajaan tidak terbeban mengeluark­an kos perbelanja­an rawatan rakyat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penyelaras Program Larian Satu Ikrar Sejuta Harapan, Emit Mandadi.

 ??  ?? ARTHUR memalu gong sebagai simbolik perasmian program itu, sambil diiringi Emit (kiri).
ARTHUR memalu gong sebagai simbolik perasmian program itu, sambil diiringi Emit (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia