Utusan Borneo (Sabah)

Hajiji rasmi pesta jualan sempena Tahun Baharu Cina

Hajiji rasmi pesta jualan sempena Tahun Baharu Cina

-

TUARAN:MenteriKer­ajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor telah merasmikan Pesta Jualan Anak Muda Tuaran 2018 selama tiga hari, yang diadakan sempena Tahun Baharu Cina pada Ahad.

Pesta anjuran Pemuda Umno Tuaran itu turut dihadiri Ketua Pemuda Jasni Hj Daya dan Setiausaha Bahagian Johari Saiman.

Hajiji yang juga Adun Sulaman berkata anak-anak muda perlu bijak mengorak peluang berdikari untuk menerokaip­eluangpern­iagaan yang mampu menjadi kerjaya dan bidang pemaju ekonomi belia negeri ini.

“Belia perlu menyahut cabaran dan seruan kerajaan untuk mencipta kerjaya yang mampu mengubah masa depan mereka dan negara,” katanya.

Katanya penerokaan bidang perniagaan penting bagi membolehka­n generasi muda melihat bidang itu dalam skop yang yang luas dan tidak terhad kepada perniagaan kecil-kecilan tetapi berskala global.

“Program seumpama ini dapat diteruskan dalam merintis peluang dan ruang kepada anak-anak muda memperluas­kan skop bidang perniagaan mereka bersaing di pasaran antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata pesta jualan itu merupakan alternatif Pemuda Umno Tuaran mencapai matlamatny­a dalam melahirkan ramai usahawan jaya di negeri ini.

Kira-kira 100 gerai jualan pelbagai barangan dan produk makanan diadakan sempena karnival julung kali diadakan itu.

Dari Pekan Tuaran, Hajiji bergegas ke Tokong Yu Huang untuk menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina tokong berkenaan.

Dalam ucapannya beliau berkata kepelbagai­an budaya, adat-resam dan kaum di Sabah menjadi wadah penyatuan dan perpaduan kaum di negeri ini.

“Tahun Baharu Cina merupakan antara perayaan tahunan pelbagai kaum yang turut dirasai bersama pelancong asing,” katanya.

Beliau berkata perayaan kaum bukan sahaja menonjolka­n kemakmuran dan khazanah budaya malah menjadi lambang keakraban, kekeluarga­an dan keharmonia­n rakyat majmuk yang sentiasa menjadikan perpaduan kaum terus dipelihara.

“Program tahunan Tokong Yu Huang sejak 2001 ini memberi ruang dan peluang kepada masyarakat pelbagai kaum untuk turut serta memeriahka­n lagi sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Dr Johnson Tee.

Acara terakhir bagi Hajiji pada Ahad ialah menghadiri Hari Keluarga Sakag Luntab @Umun di mana ketibaan beliau di majlis itu disambut oleh Pengerusi Penganjur KAN Saniban Amphila.

Di majlis itu, beliau telah menyampaik­an ‘Kalungan Pengambai’ kepada tiga warga emas generasi kedua Sakag Luntab @Umun.

 ??  ??
 ??  ?? HAJIJI bergambar dengan tiga warga emas Sakag Luntab setelah menyampaik­an Kalungan Pengambai kepada mereka.
HAJIJI bergambar dengan tiga warga emas Sakag Luntab setelah menyampaik­an Kalungan Pengambai kepada mereka.
 ??  ?? HAJIJI dan Madius mengagihka­n barangan keperluan harian kepada wakil rumah kebajikan Tuaran. Turut kelihatan Johnson (dua kiri).
HAJIJI dan Madius mengagihka­n barangan keperluan harian kepada wakil rumah kebajikan Tuaran. Turut kelihatan Johnson (dua kiri).
 ??  ?? HAJIJI mengalu-alukan sepasang pelancong yang mengunjung­i Pesta Jualan Anak Muda Tuaran.
HAJIJI mengalu-alukan sepasang pelancong yang mengunjung­i Pesta Jualan Anak Muda Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia