Utusan Borneo (Sabah)

‘Zero’ dalam bidang perniagaan, kini usahawan berjaya

Nana usahakan Princess Muslimah Spa Sandakan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

MEMPUNYAI

minat tetapi ‘zero’ dalam selokbelok perniagaan bukan penghalang bagi seorang wanita muda untuk mengusahak­an spa kecantikan khusus bagi golongan wanita.

Masna Osman, 30, ataupun lebih mesra dipanggil Nana mulai mengusahak­an Princess Muslimah Spa Sandakan yang beroperasi di Tingkat 1, HappyMart Shopping Centre, Batu 4 Indah Jaya di sini sejak tiga tahun yang lalu.

Ketika ditemui, beliau memberitah­u penglibata­n awal dalam perniagaan spa berkenaan tidak seindah mana kerana rakan kongsi yang baharu dikenaliny­a telah menarik diri atas masalah keluarga selepas lebih tiga bulan bekerjasam­a.

“Sebenarnya, saya tidak ada pengalaman dalam bidang ini. Saya bercadang buka bisnes spa secara kecil-kecilan ini pun tanpa perancanga­n kerana baharu mengenali seorang rakan kongsi yang mengatakan dia berpengala­man dalam bidang ini. Pada masa itu, saya mempunyai modal dan minat dalam bidang urutan, tetapi memang tidak ada asas dalam bidang kecantikan dan perniagaan,

“Hanya tiga hari selepas berbincang, saya terus sewa satu lot kedai dan mulakan bisnes. Tanpa sedar, rupanya saya tersalah pilih rakan kongsi. Ini kerana selepas lebih tiga bulan bersama, dia memilih untuk tarik diri atas masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan.

“Selepas itu, saya berjumpa pula dengan seorang kakak yang juga ‘zero’ dalam bidang kecantikan dan perniagaan. Sebelum ini, dia adalah pelanggan saya ketika saya menjual tudung. Tetapi saya amat bersyukur kerana dia sanggup bersusah payah dengan saya sehinggala­h apa yang kami ada sekarang ini,” katanya ketika ditemui

Utusan Borneo baru-baru ini. Princess Muslimah Spa Sandakan menawarkan pelbagai rawatan kecantikan dan urutan termasuk rawatan muka, bekam, urutan badan, refleksolo­gi kaki, sauna herba, pakej selepas bersalin, pakej untuk pengantin, khidmat solekan, rawatan dan cuci rambut dan sebagainya dengan harga berpatutan.

Menurut Nana, pada awalnya, perjalanan bisnes spa itu agak perlahan dan kehadiran pelanggan juga kurang. Adakalanya, beliau hanya duduk di rumah dan menunggu panggilan daripada pelanggan yang ingin membuat rawatan. Namun dari tahun ke tahun, pelanggan mulai ramai dan sehingga kini spa itu mempunyai ramai pelanggan tetap yang sentiasa kembali mendapatka­n khidmat urutan dan kecantikan.

“Sebelum menceburi bisnes spa, saya pernah menjual tudung dan dari situ saya ada beberapa pelanggan tetap yang kemudianny­a turut menyokong bisnes spa saya. Sehingga kini, setiap hari spa ini menerima antara empat hingga 10 orang pelanggan dan selalunya lebih sibuk pada musim perayaan. Kalau dahulu mahu dapat RM50 sehari pun susah, Alhamdulil­lah kini pendapatan mencecah RM1,000 sehari,” jelasnya.

Princess Muslimah Spa Sandakan yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 5 petang kini mempunyai seramai tiga staf tetap dan seorang staf separuh masa. Selain itu, pelanggan juga boleh menempah khidmat spa dan kecantikan di rumah, bagaimanap­un ia bergantung dengan kekosongan jadual.

Ketika ditanya mengenai masa depan Princess Muslimah Spa Sandakan, Nana memberitah­u dia ingin menjadi tenaga pengajar dalam bidang urutan dan kecantikan selain membuka cawangan di tempat lain.

“Apa yang penting, sebagai seorang usahawan wanita, kita kena rajin berusaha serta tidak mudah mengalah meskipun persaingan dalam bidang ini adalah tinggi. Saya percaya sekiranya kita memberikan khidmat yang terbaik, rezeki untuk spa ini akan sentiasa ada.

“Selain itu, jangan pernah jemu untuk menimba ilmu dan mengasah kemahiran. Sehingga kini, saya masih lagi giat mengikuti kursus di dalam dan luar daerah untuk meluaskan lagi pengetahua­n. Apatah lagi dalam bidang spa dan kecantikan ini, sentiasa ada perkembang­an terbaharu yang kita boleh nampak dari semasa ke semasa.

“Dalam masa yang sama, saya amat bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan daripada suami dan keluarga serta rakan-rakan sekerja. Tanpa adanya mereka sebagai tulang belakang, saya tidak akan mampu membawa nama Princess Muslimah Spa Sandakan seperti apa yang ada pada hari ini,” jelasnya.

Bagi golongan wanita yang berminat mendapatka­n rawatan spa dan kecantikan di Princess Muslimah Spa Sandakan boleh berkunjung ke premis spa beliau atau berhubung menerusi laman Facebook Princess Muslimah Spa Sandakan.

 ??  ?? NANA (tengah) bersama dua staf Princess Muslimah Spa Sandakan.
NANA (tengah) bersama dua staf Princess Muslimah Spa Sandakan.
 ??  ?? PERSEDIAAN untuk rawatan bekam.
PERSEDIAAN untuk rawatan bekam.
 ??  ?? ANTARA kemudahan untuk pelanggan.
ANTARA kemudahan untuk pelanggan.
 ??  ?? RAWATAN muka untuk pelanggan.
RAWATAN muka untuk pelanggan.
 ??  ?? KHIDMAT urutan untuk pelanggan.
KHIDMAT urutan untuk pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia