Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan KLCI dijangka diniaga tinggi

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan tinggi minggu ini menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai yang lebih baik.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata keyakinan pelabur meningkat susulan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih baik daripada jangkaan yang diumumkan pada Rabu.

“Dengan KLCI mencecah halangan psikologi 1,820 mata sejak Isnin, bersama dengan data ekonomi yang lebih baik, membuktika­n keyakinan pelabur semakin baik dan akan meningkatk­an momentum belian,” katanya kepada Bernama.

Bank Negara Malaysia dalam kenyataan berkata KDNK Malaysia berkembang 5.9 peratus pada suku keempat 2017 berbanding tahun sebelumnya, didorong terutamany­a oleh permintaan sektor swasta dengan sokongan daripada sektor luaran, manakala bagi tahun penuh ia berkembang 5.9 peratus berbanding 4.2 peratus pada 2016.

Sepanjang minggu dagangan yang pendek, kontrak niaga hadapan diniagakan kebanyakan­nya tinggi, menjejaki prestasi pasaran ekuiti.

Bagi perbanding­an Jumaat hingga Khamis, Februari 2018 menambah 23 mata kepada 1,839.5, Mac 2018 dan September 2018, masing-masing melonjak 21.5 mata kepada 1,836 dan 1,830, dan Jun 2018 naik 23.5 mata kepada 1,833.

Jumlah dagangan bagi minggu lepas merosot kepada 16,549 lot daripada 50,068 lot pada Jumaat sebelumnya.

Kepentinga­n terbuka susut kepada 25,209 kontrak daripada 33,522 kontrak minggu sebelumnya.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 18.46 mata kepada 1,838.28 daripada 1,819.82 pada Jumaat lepas semasa mengakhiri minggu dagangan pendek ini.

Bursa Malaysia ditutup pada Jumaat sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia