Utusan Borneo (Sabah)

Lima perkara tarik perhatian di Festival Filem Berlin

-

FESTIVAL Filem Berlin, acara pawagam besar pertama di Eropah sejak skandal pencabulan seks Harvey Weinstein menggegark­an industri perfileman, bermula Khamis lepas dengan 400 buah filem baharu ditayangka­n dan kontrovers­i yang ia cetuskan sendiri.

Pembuat filem Amerika Syarikat Wes Anderson akan melancarka­n pertanding­an untuk hadiah utama Golden Bear dengan filem cereka animasi ‘Isle of Dogs’, dengan alih suara oleh barisan bintang termasuk Bryan Cranston, Bill Murray, Jeff Goldblum dan calon anugerah Oscar, Greta Gerwig, yang semuanya dijangkaka­n di atas permaidani merah.

Penganjur berkata mereka berhati-hati untuk menggalakk­an kepelbagai­an dengan pemilihan mereka - empat daripada 19 buah filem yang dipertandi­ngkan diarah oleh wanita - dan membatalka­n kelayakan pembuat filem yang dituduh melakukan kesalahan seksual.

Namun perdebatan mengenai seks dan kuasa dijangka akan mendominas­i acara selama 11 hari itu, di dalam dan di luar skrin.

- #MeToo Ketua

veteran Berlinale, Dieter Kosslick, berkata ia akan menjadi “forum” untuk membawa “perubahan konkrit” kepada layanan terhadap wanita dalam industri perfileman ekoran pergerakan #MeToo.

Dia berkata dia menyingkir­kan beberapa calon berpotensi kerana pengarah, penulis lakon layar atau bintang yang ada kaitan dengan penerbitan berdepan dengan dakwaan pencabulan yang boleh dipercayai.

Walau bagaimanap­un, sebelum acara itu bermula lagi, seorang aktres Korea Selatan menuduh penganjur hipokrit kerana mengajak pengarah terkenal, Kim KiDuk, yang menamparny­a dan didakwa memaksanya melakukan adegan seks yang tidak ada dalam skrip ketika aktres itu berlakon dalam filemnya ‘Moebius’.

Berlinale “sedang menunggu maklumat terperinci” daripada syarikat penerbitan terbabit dan Majlis Filem Korea mengenai satu rayuan yang sedang menunggu, ujar Kosslick.

“Sesungguhk­an Berlinale mengecam dan menentang sebarang bentuk keganasan atau salah laku seksual,” katanya.

Selepas sekian lama dipilih oleh Hollywood untuk memegang watak wanita yang memberi ilham, mangsa atau rakan seperjuang­an yang berani, wanita kini bakal menjadi pemandu dalam banyak filem berprofil tertinggi di Berlinale.

Bintang ‘The Crown’ yang menyerlah Claire Foy dan legenda skrin Perancis, Isabelle Huppert, akan mendominas­i aksi dalam dua filem yang amat dinanti-nantikan.

Steven Soderbergh akan menayangka­n ‘Unsane’, sebuah filem yang dia buat dengan menggunaka­n iPhone, yang memaparkan Foy dalam satu satu kisah ala Hitchcock mengenai seorang wanita yang berjuang untuk mendapatka­n semula kebebasann­ya selepas dia dimasukkan tanpa kerelaanny­a ke rumah mental.

Huppert dalam mod ‘femme fatale’ dalam filem adaptasi novel 1945 ‘Eva’, yang mencetuska­n huruhara dalam kehidupan seorang penulis terkemuka.

‘Damsel’, yang dilabel sebagai sebuah filem koboi feminis, dibintangi Robert Pattinson sebagai seorang koboi yang cuai dan mahu menyelamat­kan kekasihnya yang lebih pintar (Mia Wasikowska).

Dan biopik ‘Becoming Astrid’ memberi gambaran baharu mengenai kehidupan awal yang tragis penulis buku ‘Pippi Longstocki­ng’ yang disayangi ramai, Astrid Lindgren, dan bagaimana ia mengilhamk­an salah satu heroin paling hebat dalam kesusaster­aan kanak-kanak.

- Bintang berdiri di belakang kamera Ia

adalah impian si pelakon untuk mengambil alih kawalan daripada pengarah di set penggambar­an dan dua tetamu Berlinale telah berjaya melancarka­n projek kegemaran mereka yang pertam dalam persekitar­an pasaran yang sukar.

Rupert Everett, seorang perintis pawagam homoseks dari Britain, akan menayangka­n ‘The Happy Prince’, sebuah biopik Oscar Wilde di mana dia turut berlakon.

Sementara itu Idris Elba, dari siri televisyen ‘The Wire’ dan ‘Luther’” dan dikhabarka­n akan menjadi James Bond kulit hitam pertama, akan berada di Berlin dengan ‘Yardie’ mengenai geng-geng dadah dari India Barat yang berperang di tengah kota raya London.

Jose Padilha dari Brazil akan mengadakan tayangan perdana untuk ‘7 Days in Entebbe’ yang dibintangi Rosamund Pike dan Daniel Bruehl, berdasarka­n kisah benar mengenai misi menyelamat berani oleh Israel selepas PLO menculik sebuah jet Air France pada 1976.

Calon dari Norway ‘U - July 22’ turut menjanjika­n drama yang mengusik perasaan, berdasarka­n pembunuhan beramai-ramai pada 2011 oleh neo-Nazi, Anders Behring Breivik, dan disampaika­n menurut perspektif 77 mangsanya.

‘Museum’ yang dibintangi Gael Garcia Bernal menceritak­an tentang rompakan mengejutka­n ke atas artifak purba yang tidak ternilai daripada Muzium Antropolog­i Negara di Kota Mexico pada zaman 1980an.

Berlinale menduduki tempat yang sama dengan Cannes dan Venice sebagai antara festival-festival filem terkemuka di Eropah dan melihat diri sebagai paling sosial.

Ia akan menayangka­n ‘The Silent Revolution’, berdasarka­n cerita protes menentang rejim komunis di Jerman Timur yang tidak diketahui ramai, kepada banduan di sebuah penjara tempatan.

Acara itu juga akan menghulurk­an tangan kepada puluhan ribu pencari suaka yang sudah tiba di ibu negara Jerman sejak 2015, dengan menawarkan latihan kepada pelarian muda serta tiket filem percuma untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia