Utusan Borneo (Sabah)

GURU WANITA MAUT

Dua lagi murid cedera akibat pertembung­an dua pacuan empat roda

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PENAMPANG: Seorang guru wanita maut manakala dua lagi murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lok Kawi cedera selepas pacuan empat roda dinaiki bertembung sebuah lagi pacuan empat roda di Kilometer 16 Jalan Papar-Kota Kinabalu, awal pagi Selasa.

Mangsa, Itum Likum, 52, yang juga isteri seorang bekas tentera disahkan meninggal dunia dalam kenderaan ambulans semasa dalam perjalanan menuju ke hospital.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Haris Ibrahim berkata kejadian jam 6.30 pagi membabitka­n kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan kereta Ford Ranger yang dinaiki mangsa.

“Siasatan awal mendapati Toyota Hilux melanggar pembahagi jalan di pusingan U semasa dalam perjalanan menuju ke Miri, Sarawak dari arah Kota Kinabalu.

“Kenderaan terbabas ke laluan bertentang­an kemudian bertembung dengan kenderaan dinaiki mangsa bersama lima lagi murid SK Lok Kawi yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata impak pertembung­an menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan parah, manakala dua murid patah kaki dan gigi.

Tambahnya, tiga lagi murid berumur 10-12 tahun serta pemandu Toyota Hilux dan isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa (guru wanita) yang parah bagaimanap­un disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan menuju ke hospital dan kini dalam proses bedah siasat,” katanya.

Haris berkata pemandu kereta Toyota H i lu x dipercayai tidak mabuk dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? KERETA jenis Ford Ranger dinaiki mangsa mengalami kerosakan teruk selepas bertembung dengan Toyota Hilux di Kilometer 16 Jalan Papar-Kota Kinabalu.
KERETA jenis Ford Ranger dinaiki mangsa mengalami kerosakan teruk selepas bertembung dengan Toyota Hilux di Kilometer 16 Jalan Papar-Kota Kinabalu.
 ??  ?? KEADAAN di lokasi kejadian yang mengorbank­an seorang guru wanita awal pagi Selasa.
KEADAAN di lokasi kejadian yang mengorbank­an seorang guru wanita awal pagi Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia