Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa penyuntik semangat anak untuk terus maju

-

KOTA MARUDU: Peranan ibu bapa dalam memastikan anak-anak gigih belajar demi pencapaian akademik yang cemerlang merupakan perbuatan yang bijak dan terbaik.

Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Datuk Wetrom @Mohd Fikri Bahanda berkata selain guru yang mengajar di sekolah, ibu bapa adalah penyuntik semangat dan pendorong kepada anak-anak untuk terus maju selangkah demi selangkah sehinggala­h mereka mencapai kejayaan di peringkat menara gading.

Katanya, ibu bapa tidak boleh bergantung harap kepada guru yang mengajar anak mereka hanya berapa jam di sekolah sebaliknya, peranan ibu bapa amat penting kerana anak-anak mereka mempunyai lebih banyak masa di rumah.

“Sudah semestinya ibu bapa sentiasa mengawasi anak mereka agar mengulangk­aji pembelajar­an ketika berada di rumah demi masa depan yang cemerlang dalam bidang akademik,” katanya pada Majlis Selamatkan Sekolah di SK Mangin di sini pada Isnin.

Beliau yang juga ketua bahagian Umno Kota Marudu menasihatk­an para pelajar agar tidak mensia-siakan zaman kegemilang­an mereka dalam menimba ilmu pembelajar­an serta pengalaman kerana masa depan mereka bukan terletak di tangan orang lain, sebaliknya merekalah penentunya.

Wetrom berkata, murid yang sihat, cergas dan cemerlang adalah mereka yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat yang menggelapk­an masa depan mereka sendiri sebaliknya, mereka yang berjaya adalah dari golongan yang mementingk­an masa depan cemerlang dengan melengkapk­an diri dengan akademik.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada murid, ibu bapa dan guru agar sehaluan dalam soal pendidikan sama ada di bangku sekolah mahu pun di rumah agar tidak berlaku penyesalan terhadap diri dan keluarga mereka sendiri,” katanya.

SK Mangin menempatka­n seramai 85 murid dari tahun satu hingga enam serta 25 murid prasekolah.

Di majlis itu, pelbagai aktiviti diadakan seperti menanam pokok, latihan cara memadamkan api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, pameran oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemerikaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Kota Marudu, gerai pameran dan jualan oleh masyarakat setempat dan persembaha­n kebudayaan.

Pada masa yang sama, Wetrom menyumbang peruntukan berjumlah RM7,000 kepada PIBG SK Mangin, dua mesin rumput untuk Kampung Mangin 1 dan Mangin II serta 100 kerusi plastik untuk keduadua kampung berkenaan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Datu Akdan Datu Nasran, Guru Besar SK Mangin Mohd Satree Haji Abdul Karim, wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu ASP Muhamad Shakir Yahya, wakil Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu Alex Chandra Jonial dan Setiausaha Umno Bahagian Emran Maidin.

 ??  ?? WETROM dan Akdan memulakan majlis dengan menanam pokok di halaman sekolah berkenaan.
WETROM dan Akdan memulakan majlis dengan menanam pokok di halaman sekolah berkenaan.
 ??  ?? WETROM (kanan) menyampaik­an sumbangan mesin rumput kepada Ketua Kampung Mangin II Maranda Matunob.
WETROM (kanan) menyampaik­an sumbangan mesin rumput kepada Ketua Kampung Mangin II Maranda Matunob.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia