Utusan Borneo (Sabah)

BN sentiasa adakan program dekati rakyat

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengambil pendekatan mesra rakyat melalui penganjura­n pelbagai program bagi menyantuni rakyat.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepanggar Ramlan Awal berkata, pendekatan seumpamany­a mampu memberi kepercayaa­n sepenuhnya kepada BN agar terus mentadbir negara dengan cemerlang.

“Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Sepanggar harus memainkan peranan penting dalam membantu golongan belia agar terus berada di landasan yang betul untuk terus menyokong kepimpinan negara supaya pelapis negara ini tidak terpesong dengan agenda pembangkan­g,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kerajaan berhasrat bukan sahaja menggalakk­an budaya sukan tetapi juga menitikber­atkan penglibata­n bersama dalam aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat tanpa mengira umur bangsa dan agama.

Katanya, gaya hidup sihat dengan bersukan juga dapat mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

“Dunia hari ini menjadikan sukan sebagai satu bidang kerjaya yang menarik contohnya pendapatan pemain bola sepak terkenal sudah mencecah jutaan ringgit,” katanya.

Berikutan itu katanya, satu perlawanan bola sepak persahabat­an antara Umno Sepanggar dan Darau Veteran telah diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Sabtu.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris.

ISRAN (lima kiri) menyampaik­an hadiah berupa Jaring Sepak Takraw kepada salah seorang wakil pemenang.

 ??  ?? JUMAT (empat kiri) menyerahka­n cenderaken­angan kepada pasukan Darau Veteran, turut kelihatan Ramlan (tiga kiri).
JUMAT (empat kiri) menyerahka­n cenderaken­angan kepada pasukan Darau Veteran, turut kelihatan Ramlan (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia