Utusan Borneo (Sabah)

SS90s FC juara Karnival Enam Penjuru

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan Kelab Bola Sepak Ex-Sabah Footballer 90’s Alumni (SS90s FA) muncul juara Karnival Bola Sepak Enam Penjuru sempena Perayaan Tahun Baharu Cina di Stadium Likas pada Sabtu lalu.

Karnival yang lebih bersifat pertanding­an persahabat­an membabitka­n pasukan yang dibarisi bekas bintang bola sepak Sabah dan Brunei itu menyaksika­n SS90s menumpaska­n OMB FC juga dari Sabah dengan 2-0.

Gol SS90s dijaringka­n Jelius Ating yang juga kini ketua jurulatih skuad Liga Premier Sabah dan Mohd Isa Ajak.

Karnival sehari itu melibatkan tiga pasukan Sabah iaitu SS90s, OMB dan Sakag Veteran United serta tiga pasukan dari Brunei iaitu PSJD FT, Gaban Strike 18 dan Terazza FC.

Pasukanber­saingsecar­aliga satu pusingan pada peringkat awal bagi menentukan empat pasukan teratas mara ke separuh akhir.

Kesebelasa­n utama pasukan meseti terdiri daripada pemain berusia 40-44 tahun (empat ), 45-49 tahun (lima) dan 50 tahun ke atas (dua).

Pada separuh akhir, SS90s menang 5-0 ke atas Gaban Strike 18 manakala OMB menewaskan Terazza 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1 pada sepenuh masa permainan.

Naib presiden SS90s FC, Andrew Laban berkata, lebih banyak negara akan dipelawa menyertai karnival itu pada masa akan datang termasukla­h dari Vietnam, Thailand, Filipina dan Indonesia.

Katanya, SS90s selaku penganjur karnival itu juga akan mencari perintis bagi membolehka­n lebih banyak perlawanan persahabat­an melibatkan bekas bintang bola sepak rantau ini.

Beliau percaya usaha itu mampu mengeratka­n lagi kerjasama di kalangan negara-negara di rantau ini terutamany­a dalam membangunk­an bola sepak.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Hasbullah Yahya.

Hasbullah berkata, Safa menyambut baik penganjura­n karnival itu dan berharap ia dapat diteruskan dengan lebih banyak negara mengambil bahagian pada masa akan datang.

Beliau juga gembira melihat ramai bekas pemain negeri ini yang terlibat menjayakan karnival itu termasuk sebagai pemain.

“Ini membuktika­n bahawa profesen berkaitan bola sepak tidak seharusnya terhenti selepas zaman kegemilang­an seseorang pemain sebaliknya boleh dikembangk­an dalam bidang berkaitan seperti kejurulati­han,” katanya.

 ??  ?? JUARA, pasukan SS90s FC.
JUARA, pasukan SS90s FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia