Utusan Borneo (Sabah)

Daftar segera pusat tahfiz, mudahkan selaras panduan

Mudahkan penyelaras­an panduan dan bantuan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pengasas Pusat Tahfiz di negeri ini disaran supaya segera berdaftar dengan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) bagi memudahkan prosesmeny­elaraspand­uan serta bantuan daripada kerajaan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, langkah itu bagi memudahkan panduan berkaitan diberikan kerajaan, di samping memudahkan pengagihan peruntukan.

Katanya, Kerajaan Persekutua­n memperuntu­kkan RM50 juta untuk penyelengg­araan pusat tahfiz fasa kedua pada tahun ini.

Di Sabah, daripada 32 pusat tahfiz yang berdaftar sebanyak 23 pusat tahfiz sudah menjalani kerja pendawaian semula manakala, sembilan lagi pusat tahfiz akan menjalani kerja pendawaian semula pada tahun ini.

“Langkah melaksana pendawaian semula ini penting bagi mengelakka­n berlaku masalah lintar pintas di bangunan pusat tahfiz,” katanya pada perasmian Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat Negeri Sabah, di sini pada Rabu.

Pertanding­an hafazan itu disertai oleh 19 orang dari pusat tahfiz di seluruh Sabah.

Mengenai majlis itu, Arifin berharap program hafazan diadakan di peringkat kampung dan daerah bagi melahirkan lebih ramai penghafaz (hafiz/hafizah) alQuran dalam kalangan anak muda di semua peringkat.

Katanyabud­ayamenghaf­az al-Quran harus diamalkan bagi menyokong usaha kerajaan melahirkan 125,000 hafiz/hafizah profesiona­l menjelang tahun 2050.

Program menghafaz al-Quran kali kelapan itu diadakan sempena Minggu Semarak Al-Quran anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) yang berlangsun­g pada 18 hingga 23 Februari.

Selain program hafazan, program lain yang turut diadakan termasukla­h Program Bicara al-Quran, Ziarah Khariah, Program Masjid ke Masjid, MQuit Masjid, Konvensyen alQuran dan Majlis Tilawah al-Quran.

Majlis penyampaia­n hadiah yang berlangsun­g pada Jumaat ini dijangka akan disempurna­kan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin serta dihadiri oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman.

“Langkah melaksana pendawaian semula ini penting bagi mengelakka­n berlaku masalah lintar pintas di bangunan pusat tahfiz. DATUK MOHD ARIFIN MOHD ARIF Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

 ??  ?? ARIFIN bersalaman dengan peserta hafazan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.
ARIFIN bersalaman dengan peserta hafazan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia