Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga diarah bela diri, upah migran haram bekerja

Upah migran haram bekerja di premis

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan pada 16 Mac untuk tarikh bela diri terhadap seorang peniaga yang didakwa mengupah seorang migran haram.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap Lovintih@Betty Balanti, 67, selepas kes ditutup pada peringkat pendakwaan.

Dalam penghakima­n itu, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mengambil seorang wanita berusia 19 tahun, untuk bekerja di premisnya.

Kesalahan dilakukan pada 25 Februari 2016 di Sweet Sensation, Jesselton Point, di sini.

Hukuman mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara selama 12 bulan, atau kedua-duanya untuk setiap migran haram.

Sementara itu, peguam P.J Perira memaklumka­n pihaknya akan memanggil

“Hukuman mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara selama 12 bulan, atau kedua-duanya haram.” untuk setiap migran

dua saksi unntuk memberikan keterangan.

Tertuduh yang mula didakwa pada 20 Julai tahun lalu, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Pegawai Pendakwa Juachim Abel Majanin dari Jabatan Imigresen melakukan pendakwaan berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia