Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an fotografi serlah keindahan masjid

Pertanding­an fotografi sempena ulang tahun ke-18 MBR

-

PERTANDING­AN fotografi bersempena sambutan hari ulang tahun Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) kali ke-18 berjaya menyerlahk­an keindahan masjid berkenaan sebagai satu lokasi wajib kunjung di negeri ini.

MBR yang sering dikaitkan dengan beberapa unsur persamaan seperti Masjid Nabawi alMunawwar­ah di Madinah ini tentunya menjadi tarikan pelancong untuk datang dan melihat sendiri keindahan seni binanya.

Pengarah Karnival Belia MBR Syed Mohd Farid Syed Husin berkata keindahan masjid yang terletak di kawasan pesisiran pantai dengan landskap yang indah itu perlu dikongsi dengan semua lapisan masyarakat.

“Bagi yang datang ke sini, kecantikan ini pasti dapat dirasai bersama tetapi bagi yang jauh perkongsia­n melalui paparan imej gambar sesuatu yang dinantikan yang akhirnya melahirkan rasa keterujaan untuk datang ke sini.

“Oleh itu, sebagai usaha mewujudkan keterujaan berkenaan, maka bersempena ulang tahun MBR tahun ini, kami Syukbah Belia dan Remaja masjid ini terpanggil untuk mengadakan pertanding­an ini yang julung kalinya pada tahun ini,” katanya.

Tambahnya, penyertaan dalam pertanding­an itu amat menggalakk­an. Walaupun terdapat ramai orang tidak dapat menyertai disebabkan kelewatan menyerahka­n foto yang diambil berikutan tarikh tutup bertembung dengan perayaan Tahun Baharu Cina, tetapi ia bukan halangan.

Menyentuh soal sambutan karnival, Farid berpuas hati dengan sambutan masyarakat yang hadir memeriahka­n program itu selain kehadiran para pelancong yang juga di luar dugaan menambahka­n lagi kemeriahan karnival.

Jelasnya, penganjura­n itu adalah lebih bertujuan sebagai pengisian aktiviti kalangan belia dan remaja agar sentiasa dekat dengan masjid selain mengenali dan memahami peranan sebenar masjid sebagai pusat maklumat syiar Islam itu sendiri.

Penyelaras Pertanding­an Norasmah Abdul Rashid berkata, selain sebagai mempromosi keindahan MBR, pertanding­an itu juga satu usaha memberi perkongsia­n minat kalangan belia terhadap dunia fotografi.

“Hari ini, belia dan remaja amat berminat merakam gambar baik menggunaka­n gajet atau kamera khusus.

“Oleh itu, bagi menggalakk­an lagi minat berkenaan ada baiknya kami buka kepada penyertaan belia dan remaja untuk merakamkan gambar mengenai keindahan dan kecantikan MBR.

“Secara tidak langsung, ia menarik golongan berkenaan untuk hadir ke masjid dan seterusnya berkongsi minat dalam foto untuk memperliha­tkan cantiknya masjid bukan hanya pada gambar tetapi pada peranan yang dimainkan sebagai sebuah pusat dakwah Islamiah,” katanya.

Bersetuju dengan pendapat itu, juri profesiona­l Agoes SK berkata pelaksanaa­n pertanding­an itu amat baik dan bertepatan sebagai medium menarik belia dan remaja dekat kepada masjid melalui foto.

“Keseluruha­n foto yang dihasilkan agak kreatif dan wajar diberikan kredit, namun masih banyak elemen yang perlu diberi penekanan terutama penggunaan kamera.

“Mungkin program akan datang sebelum pertanding­an dimulakan, ada baiknya diadakan bengkel atau taklimat asas terhadap penggunaan sesebuah kamera agar peserta lebih yakin menghasilk­an foto yang lebih menarik, cantik dan berkualiti,” katanya.

Seorang lagi juri profesiona­l, Azman Jumat berkata gambar yang dihasilkan pada pertanding­an itu menunjukka­n peserta faham tema yang diberi iaitu Masjid Bandarraya KK.

“Namun menilai sesebuah gambar, peserta perlulah berhati-hati agar tidak terpengaru­h dengan sentimen semasa, di mana saya mengambil kira kreativiti mengikut trend masa kini tanpa mengabaika­n teknikal asas fotografi yang sebenarnya.

“Manipulasi gambar yang terlampau akan ditolak secara terus untuk memudahkan pengiraan markah. Kelogikan juga diambil kira di mana ada juga yang cuba menokok tambah gambar yang tidak wujud. Ini pertanding­an fotografi sebenar, bukannya pertanding­an manipulasi grafik seperti teknik

‘superimpos­e’,” jelasnya. Tambahnya, seseorang jurukamera akan lebih mahir bermain dengan kamera jika dia dapat memahami dan menguasai elemen asas fotografi. “Kefahaman apa itu

‘bokeh’ serta ‘apertur’ dan bagaimana fungsinya menjadikan sesuatu imej itu lebih tajam.

“Seseorang jurugambar pasti faham ada lensa yang tidak dapat menghasilk­an bokeh yang cantik, begitu juga kelajuan dan ISO,” katanya.

Jelasnya, ada kamera yang boleh mencapai kelajuan pengatup yang amat laju dan boleh diubah ke-30 minit atau lebih, bergantung pada jenis kamera.

“Begitu juga dengan ISO atau sensitivit­i ‘sensor’ kepada cahaya, ada yang serendah ISO 50 dan sehingga puluhan ribu sensitivit­i ISO.

“Kalau ada kamera berjenama tapi tidak tahu asas foto ketika menggunaka­nnya, ia hanya sekadar foto sahaja.

“Apa yang lebih penting, kita selesa dengan gear yang diguna dan butang pintas yang ada pada setiap kamera kerana setiap kamera adalah berbeza-beza,” jelasnya.

Sementara itu, johan pertanding­an Muhammad Bahri Affendy berjaya membawa balik hadiah bernilai RM500, naib johan menerima RM300 dimenangi oleh Rablin Arah dan tempat ketiga Ahmad Zulhilmi Ahmad Zainori menerima RM200.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NORASMAH
NORASMAH
 ??  ?? AGOES (tiga kiri), Azman (dua kiri) dan Syed Mohd Farid (empat kiri) bergambar bersama para pemenang pertanding­an itu.
AGOES (tiga kiri), Azman (dua kiri) dan Syed Mohd Farid (empat kiri) bergambar bersama para pemenang pertanding­an itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia