Utusan Borneo (Sabah)

‘Biopik Azizulhasn­i Awang’, kisah jaguh dunia sejak dari kecil

-

PENGHASILA­N filem ‘Biopik Azizulhasn­i Awang’ mampu memberi semangat kepada juara keirin dunia itu untuk terus meletakkan nama Malaysia di peta sukan berbasikal dunia.

Filem arahan pengarah sinematogr­afi terkenal, Raja Mukhriz Raja Ahmad itu merupakan kerjasama antara Three Sixty Management, Unitalent Sdn Bhd dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Ia satu penghargaa­n bagi usaha dan pengorbana­n saya selama ini sebagai atlet yang mewakili negara daripada peringkat bawah ke peringkat dunia. Ini satu khazanah yang perlu dikongsika­n dengan rakyat Malaysia.

“Jika tiada inisiatif ini, mungkin ia akan berakhir begitu sahaja. Orang hanya akan ingat bila saya menang tapi jika sejarah ini didokument­ari dalam bentuk filem akan dapat sampaikan kepada generasi seterusnya,” kata Azizulhasn­i kepada pemberita selepas sidang media pengumuman filem berkenaan di sini, baru-baru ini.

Azizulhasn­i, 30, berkata beliau teruja apabila filem tersebut akan dijadikan jurnal untuk pembelajar­an pelajar UUM.

Beliau berkata filem yang bakal digarapkan dengan elemen kekeluarga­an, usaha serta pengalaman­nya sejak kecil bakal menjadi inspirasi dan motivasi kepada rakyat Malaysia.

“Filem ini saya akan jadikan sebagai medium untuk sampaikan kepada orang ramai bagaimana kita dari negara kecil boleh menakluk dunia,” katanya.

Filem biopik ini diangkat berdasarka­n kisah benar dan pengalaman Azizulhasn­i sejak kecil sehingga berjaya bergelar jaguh dunia, yang akan menggunaka­n elemen komersial sebagai plot penceritaa­n dan juga fakta yang tepat.

Elemen penyelidik­an adalah kualiti yang akan dititikber­atkan dalam penghasila­n filem tersebut, dengan penyelidik dari UUM akan turut serta dalam pembanguna­n kandungan filem.

‘Misi mencari Azizulhasn­i’ akan dilancarka­n bagi mencari bakat yang bakal melakonkan watak Azizulhasn­i dalam filem melibatkan kos pembikinan kira-kira RM6 juta itu.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? ATLET basikal trek negara Mohd Azizulhasn­i Awang (dua kiri) bersama Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak (dua kanan) pada sidang media filem biopik Azizulhasn­i Awang di UUM Kampus Kuala Lumpur barubaru...
— Gambar Bernama ATLET basikal trek negara Mohd Azizulhasn­i Awang (dua kiri) bersama Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak (dua kanan) pada sidang media filem biopik Azizulhasn­i Awang di UUM Kampus Kuala Lumpur barubaru...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia