Utusan Borneo (Sabah)

Perairan Sabah selamat

-

KUCHING: Perairan negeri Sabah kini selamat untuk dilaluiber­ikutan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan agensi lain termasuk Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sering melakukan rondaan bagi memastikan ia bebas daripada penceroboh­an musuh.

Pegawai Memerintah Gagah Samudera, Komander Mahamad Nazir Darus berkata Kapal Latihan Gagah Samudera, platform latihan terbaharu dalam armada TLDM, turut membuat tugasan rondaan di perairan negeri ini di samping fungsinya sebagai sebuah kapal latihan.

Bercakapke­padapember­ita sempena hari terbuka kapal berkenaan di Pelabuhan Pending di sini pada Rabu, beliau berkata TLDM kini mempunyai kira-kira 18,000 anggota untuk ditugaskan meronda perairan negara.

Mahamad Nazir berkata TLDM dijangka mendapat lima jenis kapal yang berkemampu­an menjaga perairan negara memandangk­an kapalkapal sedia ada sudah terlalu tua dan memerlukan kos penyelenga­raan yang tinggi.

Mengenai Kapal Latihan Gagah Samudera yang tiba di sini pada Selasa, beliau berkata kehadiran kapal berteknolo­gi tinggi itu pada 1 Mac tahun lepas membolehka­n pelbagai latihan seperti pengendali­an kapal, radar dan latihan menembak dilaksanak­an lebih efisien dengan teknologi moden.

“Kapal ini mampu menempatka­n 45 kru serta menampung 60 pelatih dalam satu-satu pelayaran,” katanya dan menambah kapal berkenaan akan belayar ke destinasi terakhirny­a di Bintulu selepas selesai hari terbuka kapal itu hari ini.

Mahamad Nazir berkata pihaknya telah melatih kirakira 300 anggota sejak kapal itu beroperasi tahun lepas dan telah belayar kira-kira 8,000 batu nautika di dalam dan luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia