Utusan Borneo (Sabah)

Lima Ah Long ditahan dalam serbuan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

LABUAN: Lima pemberi pinjam wang tidak berlesen atau ‘Ah Long’ ditahan sepasukan polis dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan Bunga Mawar di sini, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Labuan Superinten­dan Muhamad Farid Ahmad berkata pihaknya melakukan serbuan kira-kira jam 11.30 pagi selepas melakukan risikan dan pemerhatia­n selama satu minggu.

Pihaknya melaksanak­an penyiasata­n berdasarka­n kad perniagaan pinjaman wang syarikat peminjam wang yang diedarkan kepada orang awam.

“Semasa serbuan dilakukan, polis berjaya menahan lima individu termasuk tiga wanita dan dua lelaki berumur 22 hingga 58 tahun.

“Kesemua yang ditahan adalah pembantu kedai yang berasal dari Kampung PatauPatau, Kampung Sungai Bangat, Kampung Kerupang Labuan dan dua lagi masingmasi­ng dari Sipitang dan Tambunan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut merampas 79 barangan termasukla­h wang tunai sejumlah RM34,133.30, risalah dan kad pemberi pinjam wang, buku senarai peminjam, resit, cop syarikat, salinan kad pengenalan peminjam, unit mesin kirakira serta borang pinjaman wang kecemasan.

“Hasil siasatan mendapati premis pemberi pinjam wang ini dikaburi dengan syarikat yang didaftarka­n dengan perniagaan pengurusan dan perkhidmat­an.

“Perniagaan peminjaman wang tanpa lesen ini adalah tidak didaftarka­n dan tidak mempunyai sebarang dokumen atau lesen yang dikeluarka­n pihak berkuasa Kementeria­n Kewangan Negeri Sabah dan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Suspek juga melakukan pengiklana­n dengan mengedarka­n kad perniagaan di kenderaan awam, dengan meletakkan di bahagian bakul motosikal, cermin serta pintu kereta,” katanya.

Katanya kesemua suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kerana melakukan kesalahan menjalanka­n perniagaan pemberi pinjam wang tanpa lesen.

Tambahnya, suspek boleh dikenakand­endatidakk­urang RM250,000 dan tidak lebih RM1,000,000 atau penjara maksimun lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 ?? GambarBern­ama ?? FARID (dua kiri) menunjukka­n sebahagian barangan yang dirampas semasa serbuan itu.
GambarBern­ama FARID (dua kiri) menunjukka­n sebahagian barangan yang dirampas semasa serbuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia