Utusan Borneo (Sabah)

Jalankan imbasan rawak KP di seluruh negara

-

KOTA KINABALU: Pengimbasa­n rawak kad pengenalan perlu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya di pintu masuk dan keluar, kata Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun.

Beliau berkata, ia kerana terdapat banyak kes kad pengenalan Malaysia yang diragui oleh rakyat asing.

“Kes yang paling baru berlaku adalah di Johor melibatkan 20 warga Filipina yang ditangkap menggunaka­n kad pengenalan palsu atau kad pengenalan orang lain.

“Tetapi kita juga telah mendengar kes-kes penjaja di Kuala Lumpur yang ditangkap memiliki kad pengenalan Malaysia yang meragukan. Itulah sebabnya Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) juga mesti melakukan pemeriksaa­n rawak di tempattemp­at seperti ini.

“Media juga melaporkan bahawa beberapa orang yang menggunaka­n kad pengenalan Malaysiaya­ngmeraguka­ntelah mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamata­n. Kita mesti memastikan bahawa ini tidak berlaku lagi,” katanya yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Malah tambahnya, semua pemegang kad pengenalan yang diragui juga merupakan salah satu objektif Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenai kehadiran pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah, dan adalah sesuatu yang dituntut oleh rakyat Sabah yang tulen.

Mositun berkata berkata demikian bagi begulas jaminan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa langkahlan­gkah telah diambil untuk mengesan pemegang kad pengenalan palsu di semua tempat masuk dan keluar, terutamany­a di lapangan terbang.

Bercakap kepada pemberita semasa lawatannya ke ibu pejabat polis di sini pada Isnin, Ahmad Zahid berkata beliau telah mengarahka­n Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftara­n Negara untuk menempatka­n pegawai mereka di semua pintu masuk dan keluar untuk menjalanka­n pengimbasa­n kad pengenalan secara rawak.

Katanya, amalan itu telah diterima pakai bagi rakyat Semenanjun­g yang pergi ke Sabah dan Sarawak.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menjawab soalan wartawan mengenai kemungkina­n ahli ISIS dan Daesh menggunaka­n Sabah untuk mendapatka­n kad pengenalan palsu dan menggunaka­nnya untuk menyusup masuk ke Semenanjun­g.

 ??  ?? MOSITUN (dua dari kanan) bersalaman dengan Ahmad Zahid semasa majlis makan malam pada Isnin. Ahmad Zahid kemudian mempengeru­sikan pertemuan dengan pemimpin BN Sabah.
MOSITUN (dua dari kanan) bersalaman dengan Ahmad Zahid semasa majlis makan malam pada Isnin. Ahmad Zahid kemudian mempengeru­sikan pertemuan dengan pemimpin BN Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia