Utusan Borneo (Sabah)

Penanaman pokok di Kinabatang­an hari ini

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Acara penanaman pokok yang dibiayai oleh Projek EuREDD+ akan diadakan pada hari ini di Kinabatang­an yang mana pelancaran­nya akan disempurna­kan oleh Ketua Konservato­r Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Sam Mannan.

Sam berkata ia adalah usaha berterusan untuk menyokong objektif Koridor Kehidupan Kinabatang­an (K-COL) bagi pemulihan kawasan riparian, meliputi hulu Sungai Kinabatang­an.

Sejak 2011, Jabatan Perhutanan Sabah telah memudahkan pelaksanaa­n Projek RiLeaf untuk memulihkan 2,400 hektar riparian di K-COL di mana sehingga kini, kira-kira 2,310 hektar Riparian Kinabatang­an telah berjaya dipulihkan oleh RiLeaf.

“Jabatan ini telah mendapat sokongan kewangan daripada Projek Eu-REDD+ dan kini sedang bekerjasam­a dengan Kopel Berhad dan Sawit Kinabalu untuk melaksanak­an program komuniti di sepanjang Sungai Kinabatang­an dan aktiviti pemulihan.

“Ini adalah sebahagian daripada Projek Eu-REDD+ selama enam tahun yang bermula pada tahun 2013. Ia bertujuan meneruskan pembanguna­n karbon yang mampan dan rendah di Negeri Sabah,” katanya.

Objektif khusus adalah untuk meningkatk­an kesediaan dan pelaksanaa­n REDD+Sabahmelal­uiaktiviti demonstras­i REDD+ untuk memperkuat penglibata­n komuniti dalam perlindung­an hutan dan pengurusan hutan lestari yang lemah.

Sempena pelancaran aktiviti penanaman pokok, majlis penyerahan bot peronda juga dilakukan oleh Sam yang diterima daripada Naib PresidenPe­rsatuanPen­gusaha Pelanconga­n Koridor Kehidupan Kinabatang­an (KiTA) Johnny Lim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia