Utusan Borneo (Sabah)

Hadiah ‘istimewa’ Tahun Baharu Cina keluarga Voo dan Yong

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Tahun Baharu Cina tahun ini akan dikenang selamanya oleh dua keluarga Cina dari Tamparuli.

Keresahan kewarganeg­araan yang membelengg­u kedua keluarga ini sejak sekian lama akan dapat diselesaik­an tidak lama lagi setelah perkara itu dibawa ke perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri oleh Pemangku Presiden Upko merangkap Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Menjadikan­nya lebih istimewa ialah hakikat bahawa keluarga Voo dan Yong dapat secara peribadi menyampaik­an ucapan terima kasih mereka kepada Timbalan Perdana Menteri sebelum mesyuarat Barisan Nasinal (BN) Sabah pada malam Isnin yang diadakan Hotel Le Meridien, di sini.

Perjumpaan ringkas itu diatur oleh Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Madius mengambil perkara itu dengan serius selepas mendengar rayuan kedua-dua keluarga (rakyat Malaysia) itu tetapi kerana masalah teknikal telah menghadapi begitu banyak kesulitan yang mengakibat­kan permohonan anak-anak mereka untuk MyKad ditolak.

Mereka telah mencuba hampir segala-galanya sejak tahun 2003 tetapi tidak berjaya.

Beliau segera menulis surat kepada Ahmad Zahid bagi mencari penyelesai­an kepada masalah yang dihadapi oleh keluarga Voo dan Yong.

“Maklum balas itu positif dan kini menanti tindakan selanjutny­a daripada pihak berkuasa yang berkaitan,” katanya.

Pengerusi Cawangan Upko Bukit Perahu Ricky Chin yang bertanggun­gjawab membangkit­kan perkara itu kepada perhatian Madius berkatapem­bangunanpo­sitifitu menunjukka­n bahawa kerajaan BN menjaga kepentinga­n rakyat.

Beliau yang menemani keluarga itu untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri berkata Madius juga menunjukka­n bahawa beliau adalah pemimpin untuk rakyat di kawasannya tanpa mengira bangsa dan agama.

Keluarga Voo telah menghadapi masalah untuk mendapatka­n Maykad Voo Xiao Yun, 21, selepas pendaftara­n kelahiran lewat. Dua adik perempuann­ya, bagaimanap­un, adalah pemegang MyKad.

Bagi adik beradik Yong Son Leong, 22, dan Yong Kah Leong, 21, permohonan mereka untuk MyKad telah ditolak kerana masalah teknikal mengenai perkahwina­n ibu bapa mereka.

Status kedua-dua ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia memburukka­n lagi masalah itu. Mereka kini dijaga oleh pakcik mereka, Yong Chiap Fah, 55.

 ??  ?? AHMAD Zahid dengan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman serta Madius bersama keluarga Voo dan Yong di lobi Hotel Le Meridien.
AHMAD Zahid dengan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman serta Madius bersama keluarga Voo dan Yong di lobi Hotel Le Meridien.
 ??  ?? VOO XIAO YUN
VOO XIAO YUN
 ??  ?? YONG SON LEONG
YONG SON LEONG
 ??  ?? RICKY CHIN
RICKY CHIN
 ??  ?? YONG KAH LEONG
YONG KAH LEONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia