Utusan Borneo (Sabah)

Perkukuh hubungan M’sia-Rusia

RSCS platform terbaik tingkat industri pelanconga­n

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Pembukaan cawangan baharu Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia (RCSC) di negeri ini platform terbaik tingkatkan industri pelanconga­n Sabah.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, pembukaan pusat berkenaan juga tepat pada masanya dalam menggalakk­an lagi pertukaran ekonomi, pendidikan, penyelidik­an dan pembanguna­n bagi keduadua negara.

“Saya percaya, ia bukan sahaja memperkena­lkan budaya Rusia tetapi turut bertindak mempromosi­kan budaya Sabah kepada Rusia.

“Penubuhan RCSC juga akan memperluas­kan hubungan antara Malaysia dan Rusia dalam bidang budaya, ekonomi dan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Pembukaan RCSC di sini pada Rabu. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming.

Musa berkata, setakat ini lebih 1,000 graduan Malaysia berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Kursk State Medical University (KSMU) Rusia.

Sehubungan itu, pihaknya berharap lebih ramai graduan Malaysia yang tamat pengajian dan kembali berkhidmat di tanahair.

Sementara itu, Pengarah MGM Enterprise Kanoo Pillai berkata, operasi RSCS akan bermula pada 1 Mac depan.

Beliau berkata, dengan adanya pusat berkenaan di negeri ini, lebih banyak promosi akan dijalankan bagi memperkena­lkan programpro­gram yang berkaitan.

Menurutnya, fokus utama lebih tertumpu kepada aktiviti KSMU memandangk­an ia satu-satunya universiti yang menyediaka­n pembelajar­an dalam bahasa Inggeris.

“Penubuhan RCSC juga akan memperluas­kan hubungan antara Malaysia dan Rusia dalam bidang budaya, ekonomi dan pendidikan. TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? PANG (empat kanan) bersama para tetamu undangan majlis itu.
PANG (empat kanan) bersama para tetamu undangan majlis itu.
 ??  ?? PENGARAH RCSC Dr Airat Akhmetov (tiga kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Pang (empat kanan).
PENGARAH RCSC Dr Airat Akhmetov (tiga kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Pang (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia