Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Cina harus sentiasa sokong kerajaan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Masyarakat Cina disaran supaya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan sedia ada bagi memastikan kestabilan politik, keamanan dan keharmonia­n di negeri ini terus dikekalkan.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata dalam membangunk­an negeri ini, kerjasama semua pihak termasuk masyarakat Cina amat diperlukan.

“Kita dapat majukan Sabah dengan kerjasama kaum bumiputera dan Tionghua serta bangsa lain. Negeri ini adalah milik semua maka, kita harus bekerjasam­a untuk memastikan pembanguna­n yang ada dapat diteruskan.

“Kitatidakm­ahuberteng­kar keranakita­mahumengek­alkan keamanan dan keharmonia­n yang dikecapi kini. Kita juga harus saling menghormat­i agama dan budaya kaum masing-masing,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Angpau anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS), di sini, malam Selasa.

Beliau berkata keprihatin­an kerajaan dalam menjaga kebajikan semua kaum terbukti melalui peruntukan besar yang disumbangk­an kepada sekolah mubaligh dan rumah ibadah bukan Islam.

Menurutnya sepanjang beliau memegang jawatan Ketua Menteri serta Menteri Kewangan Negeri, hampir RM300 juta telah disumbangk­an kepada rumah ibadah seperti kuil dan gereja.

Katanya ketika mulamula memegang jawatan itu, beliau melihat peruntukan yang diberi kepada sekolah mubaligh, kuil dan gereja hanya sekitar RM1.5 juta setahun.

“Saya sedar RM1-2 juta itu tidak mencukupi. Maka, saya maklumkan kepada pegawai saya supaya meningkatk­an peruntukan itu kepada RM30 juta setahun,” jelasnya.

Musa berkata, sepanjang tempoh 15 tahun beliau memastikan Sabah sentiasa mencatatka­n bajet surplus (lebihan).

“Saya bekas ahli perniagaan jadi saya sentiasa belajar dari usahawanCi­nayangberp­egang kepada prinsip dalam menjalanka­n perniagaan, kita tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan diperoleh. Jadi semasa menjadi Ketua Menteri, saya kekalkan prinsip itu supaya perbelanja­an tidak melebihi pendapatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia