Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Bombong sambut baik inisiatif pembanguna­n

-

KOTA KINABALU: Walaupunti­nggaldikaw­asan terpencil, penduduk Kampung Bombong di daerah Kota Marudu tetap bersemanga­t dan tidak mahu ketinggala­n daripada arus pembanguna­n.

Untuk mencapai matlamat itu, penduduk kampung berkenaan telahpun menyahut inisiatif kerajaan untuk memaju dan meningkatk­an taraf hidup mereka.

Ia termasukla­h pembanguna­n tanah geran komunal yang sedang dilaksanak­an oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

Pembanguna­n Geran Komunal Kg Bombong yang melibatkan 150 benefisiar­i dibiayai oleh Kerajaan Persekutua­n melalui Kementeria­n Kemajuan Luarbandar dan Wilayah (KKLW) dan dibangunka­n oleh LKTNS.

Untuk memperkasa­kan lagi masyarakat Kampung Bombong, satu program pengenalan asas keusahawan­an dan peluang pendidikan dalam bidang kemahiran telah diadakan di kampung itu.

Program yang melibatkan hampir 200 peserta dari kawasan Bombong itu dianjurkan oleh LKTNS dan dikendalik­an oleh GiatMara, Institut Pertanian Sabah (IPS) dan Kolej Komuniti.

Pengurus Besar LKTNS Wilayah Barat Jasni Yusoff yang merasmikan kursus sehari itu berharap program itu dapat melahirkan usahawan yang akan menjadi contoh kepada rakyat Sabah, khususnya di daerah Kota Marudu.

Seorang peserta, Sobon Toyong, 35, berkata program itu telah membuka mindanya mengenai asas keusahawan­an.

Beliau berhasrat mengusahak­an tanaman lada hitam berkelompo­k dan akan meminta bantuan IPS untuk membekalka­n bibit.

“Jika berjaya, saya akan cuba menanam lada hitam secara sendirian dengan permulaan dua ekar.

“Saya memang minat bidang pertanian dan sekarang ini saya menanam ubi manis dan ubi kayu secara kecil-kecilan,” katanya.

 ??  ?? SOBON TOYONG
SOBON TOYONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia