Utusan Borneo (Sabah)

Kemahiran kendali bot tempur penting untuk komando

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Kesemua pegawaidan­anggotakom­ando yang menyertai kursus jurumudi diharap dapat mengendali­kan bot tempur dengan baik khususnya saat dalam penugasan.

Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi berkata kemahiran itu penting semasa latihan serta ketika menyertai operasi bersama pasukan masing-masing.

“Matlamat utama latihan ini meningkatk­an ilmu pengetahua­n peserta dalam pelbagai aspek melibatkan perairan selain untuk muncul sebagai jurumudi bot yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kursus Jurumudi Siri JM/1/2018 di Sipadan Resort Pulau Kapalai, di sini pada Sabtu, yang turut dihadiri Komander Rejimen 516 Askar Wataniah Brig Jen Tan Sri Liew Yun Fah.

Sempena majlis itu juga, beliau mengucapka­n tahniah kepada semua peserta, dua pegawai dan 18 anggota 21 Grup Gerak Khas kerana berjaya menamatkan kursus itu.

Turut serta, anggota jurumudi dari Skuadron (Skn) Bot Tempur dan Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2, tujuh anggota Paskal dan lapan anggota QRF dari 10 Briged PARA.

Anugerah penuntut keseluruha­n terbaik diberikan kepada Kpl Iskandar Saifuddin Abdullah (Rej 22 Komando) manakala penuntut akademi terbaik pula Kpl Gregory Karmin (Kem Iskandar Mersing Johor).

Menurut kenyataan media kepada Utusan Borneo di sini, latihan akhir diadakan selama 12 hari, pada 8 sehingga 20 Februari di sekitar kepulauan Semporna dan Lahad Datu.

Latihan turut dibantu jurumudi dari Skn Bot Tempur ATB 2, jurulatih dari Cawangan Amfibi, Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) dua pegawai dan 12 anggota.

Pelbagai jenis bot pemintas dan bot logistik dari Skn Bot Tempur ATB 2 digunakan untuk memahirkan penuntut mengendali­kan bot dalam pelbagai situasi dan keadaan di lautan.

Hadir sama, Komandan PULPAK Lt Kol Adi Rizdwan Abdullah, Pegawai Memerintah 22 RAMD Lt Kol Adam Buqhary Hamzah dan pegawai-pegawai kanan ATB 2.

 ??  ?? PESERTA kursus merakamkan foto bersama Md Tajri dan Liew. (Kiri) PANGLIMA Latihan Tentera Darat Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi menandatan­gani buku kehadiran pelawat sempena majlis penutupan Kursus Jurumudi Siri JM/1/2018 di Sipadan Resort Pulau...
PESERTA kursus merakamkan foto bersama Md Tajri dan Liew. (Kiri) PANGLIMA Latihan Tentera Darat Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi menandatan­gani buku kehadiran pelawat sempena majlis penutupan Kursus Jurumudi Siri JM/1/2018 di Sipadan Resort Pulau...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia