Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki mengaku tidak bersalah: Taip komen, muat naik gambar di Facebook

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berasal dari Ipoh, Perak, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menaip komen dan memuat naik gambar di laman sosial, untuk menyakitka­n hati orang lain. Bagaimanap­un Seevashank­er Vickneswar­an A/L Tamalsilva­ni, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ainul Mohamad Shahrin.

Tertuduh didakwa menaip komen “Cinta abadi...11 tahun dan masih menghitung!”, disamping memuat naik gambar di laman sosial Facebook dengan niat menyakitka­n hati bekas kekasihnya.

Kesalahan dilakukan pada 16 Ogos tahun lalu jam 11.53 pagi di Jalan Bandar Baru Tambun, Bandar Baru Tambun, Ipoh, di negeri Perak.

Seevashank­er didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588), yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Denda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun, atau keduaduany­a dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, peguam Farazwin Haxday memohon agar anak guamnya diberikan ikat jamin sebanyak RM2,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Tambahnya, kes berkenaan disebut di Mahkamah Kota Kinabalu, kerana pengadu yang membuat laporan terhadap tertuduh kini menetap di Sabah.

Tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM5,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan, dan diperintah­kan melaporkan diri di Balai Polis Bandar Tambun, Ipoh, Perak, pada setiap bulan.

Disamping itu, tertuduh juga diperintah­kan agar tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan dan mengakses Facebook sehingga kes berkenaan selesai.

Mahkamah menetapkan pada 26 Mac untuk pengurusan kes terhadap tertuduh, manakala tarikh perbicaraa­n pada 1 hingga 2 Ogos.

 ??  ?? SEEVASHANK­ER duduk di luar kamar mahkamah, sebelum prosiding bermula.
SEEVASHANK­ER duduk di luar kamar mahkamah, sebelum prosiding bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia